Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa kerana terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah

-

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,800 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Hukuman itu dijatuh Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Abang Zulfiqrie Akbar, 23, dari Kampung Tabuan, Kuching telah didakwa mengikut Seksyen 15 ( 1) ( a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 ( 1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta merta dikehendak­i menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis 11- nordelta- 9- tetrahydro- cannabinol- 9- carboxylic acid ( THC) yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 ( Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.20 pagi, 24 Julai tahun ini di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia