Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib hadiri Majlis Jamuan Malam Gala WIEF Ke-13

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri Majlis Jamuan Malam Gala sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 di sini, malam kelmarin.

Berlangsun­g di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an serta Menteri Pembanguna­n Bandar dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, barisan menteri dan menteri muda, pemimpin kenamaan serta para delegasi WIEF Ke-13.

Tun Taib dalam ucapan ringkasnya berkata, beliau bangga dan berbesar hati menerima kedatangan para delegasi dari pelbagai negara ke Sarawak untuk berkongsi sejauh mana kepentinga­n forum itu untuk pembanguna­n negara masing-masing.

Menurutnya, kerajaan persekutua­n sedar akan keinginan negeri ini untuk berkongsi maklumat sekali gus merapatkan hubungan dengan pelbagai negara di seluruh dunia.

“Justeru, saya mahu merakamkan penghargaa­n kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas sokongan beliau menganjurk­an forum ini di sini, bagi memacu ekonomi negara dan seterusnya membantu Sarawak mencapai matlamat ke arah pembanguna­n ekonomi digital.

“Saya tahu anda (delegasi WIEF Ke-13) faham betapa pentingnya forum ini kepada Sarawak apatah lagi kita mempunyai hubungan yang baik dengan pelbagai negara di seluruh dunia,” katanya.

Pelbagai persembaha­n pentas dan nyanyian daripada artis tempatan disediakan bagi memeriahka­n lagi majlis tersebut.

 ??  ?? MALAM GALA: Tun Taib, Najib dan Abang Johari disambut meriah ketika ketibaan mereka pada Majlis Jamuan Malam Gala di Kompleks DUN di Kuching, malam kelmarin.
MALAM GALA: Tun Taib, Najib dan Abang Johari disambut meriah ketika ketibaan mereka pada Majlis Jamuan Malam Gala di Kompleks DUN di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia