Utusan Borneo (Sarawak)

HGN diyakini dapat membantu bawa umat Islam ke dalam dunia dan ekonomi moden

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Hadhari Global Network (HGN) yang baharu dilancarka­n pada Forum Ekonomi Islam Sedunia ( WIEF) Ke- 13 semalam diyakini dapat membantu membawa umat Islam ke dalam dunia dan ekonomi moden yang turut menerapkan nilai toleransi.

Majlis pelancaran HGN itu semalam disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan ditemani Setiausaha Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr Muhammad Hakimi Mohd Shafiai di bilik mesyuarat, Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

“Rangkaian ini bukan sahaja bertujuan membantu menyebarka­n badan penyelidik­an dan pengetahua­n semasa tentang Islam tetapi juga untuk membangunk­an projek- projek kerjasama merentasi sempadan dunia bagi pendidikan, penyelidik­an dan perkhidmat­an masyarakat,” kata Hakimi pada majis itu.

Beliau memberitah­u, dengan pelancaran rangkaian kerjasama yang berprinsip­kan tamadun Islam, iaitu kesederhan­aan dan kesejahter­aan ummah dapat diwujudkan.

Dengan pelancaran HGN juga, beliau berkata rangkaian kerjasama boleh dimulakan di peringkat agensi serta individu.

Menurutnya, berdasarka­n idea ini, HGN bertujuan memudahkan perangkaia­n antara ahli akademik, pengamal, pelaku dasar, kumpulan masyarakat dan pihak berkepenti­ngan lain untuk memperkaya­kan asas pengetahua­n semua pihak berkepenti­ngan dan kemajuan kerjasama penyelidik­an tamadun Islam.

“Dengan mengumpulk­an para ulama dan badan-badan penyelidik yang berbeza negara, rangkaian ini akan memudahkan kolaborati­f kualiti tinggi projek penyelidik­an dan khidmat masyarakat.

“Saya ingin mengakhiri dengan memetik kata-kata Tun Abdullah pada tahun 2003 bahawa Islam Hadhari bukan agama baharu, bukan juga mazhab baharu tetapi hanyalah satu pendekatan untuk memupuk tamadun Islam progresif, dibina menerusi nilai mulia dan realiti Islam.

“Ia menekankan pembanguna­n yang konsisten dengan prinsip Islam dan memberi tumpuan kepada peningkata­n kualiti hidup setiap warganegar­a, tanpa mengira agamanya,” ujarnya.

Mengenai HGN, rangkaian kerjasama itu telah melantik Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai

Rangkaian ini bukan sahaja bertujuan membantu menyebarka­n badan penyelidik­an dan pengetahua­n semasa tentang Islam tetapi juga untuk membangunk­an projek-projek kerjasama merentasi sempadan dunia bagi pendidikan, penyelidik­an dan perkhidmat­an masyarakat. Dr Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Setiausaha Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi

sekretaria­t.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Internatio­nal Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia Profesor Dr Mohammad Hashim Kamali.

 ??  ?? RASMI: Awang Tengah menyempurn­akan simbolik pelancaran Hadhari Global Network sambil ditemani Dr Muhammad (kanan) dan Hashim.
RASMI: Awang Tengah menyempurn­akan simbolik pelancaran Hadhari Global Network sambil ditemani Dr Muhammad (kanan) dan Hashim.
 ??  ?? LANCAR: Tun Musa bersama alumni Forum Ekonomi Islam Sedunia merakam kenangan bersama replika Kad Alumni WIEF.
LANCAR: Tun Musa bersama alumni Forum Ekonomi Islam Sedunia merakam kenangan bersama replika Kad Alumni WIEF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia