Utusan Borneo (Sarawak)

SEB sasar bekal 100% elektrik kepada pengguna menjelang 2025

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) menyasarka­n mampu membekalka­n 100 peratus tenaga elektrik untuk keperluan pengguna seluruh negeri Sarawak menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Sharbini Suhaili memaklumka­n perkara itu semasa pembentang­an beliau pada Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Sharbini berkata, setakat ini liputan bekalan elektrik untuk luar bandar di negeri ini ialah sebanyak 89 peratus sementara liputan bekalan elektrik untuk domestik negeri adalah sebanyak 95 peratus.

“Kira- kira 1,600 kampung dan 36,000 isi rumah di negeri ini masih belum memiliki bekalan elektrik sepenuhnya.

“Justeru, bagi mencapai sasaran itu kami (SEB) telah merancang pembanguna­n mini atau mikro hidro dan sistem penjanaan solar untuk komuniti terpencil di bawah Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES),” katanya.

Beliau percaya dengan adanya SARES yang menggunaka­n sistem solar dan mini hidro ia kini bukan lagi satu perkara mustahil untuk mencapai sasaran membekalka­n tenaga elektrik sepenuhnya kepada pengguna di seluruh Sarawak.

“Kami akan berusaha pastikan sasaran liputan tenaga elektrik sepenuhnya untuk keperluan pengguna (domestik dan industri) dapat dicapai dalam tempoh tersebut,” katanya.

Sementara itu pada sidang media, Sharbini berkata, SEB membelanja­kan RM3.5 hingga RM4 bilion untuk pelbagai projek di negeri ini setiap tahun.

Katanya, pihaknya masih dalam proses berkembang dan akan memulakan pelbagai projek dalam saluran paip untuk menghasilk­an tenaga bagi negeri ini.

“Kami sememangny­a dalam tempoh yang sangat intensif modal dan kami telah melakukann­ya selama beberapa tahun.

“Bagaimanap­un, dasar pelanggan kami juga semakin berkembang dan sebagai syarikat, kami berada dalam kedudukan yang betul,” katanya.

 ??  ?? FORUM: Sharbini menyampaik­an pembentang­an pada WIEF Ke13 di BCCK, Kuching, semalam.
FORUM: Sharbini menyampaik­an pembentang­an pada WIEF Ke13 di BCCK, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia