Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan WIEF buat julung kalinya lancar kad alumni

-

KUCHING: Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) buat julung kalinya melancarka­n kad alumni untuk 17,000 ahli alumni WIEF sempena 13 tahun penganjura­nnya.

Majlis pelancaran kad alumni itu disempurna­kan Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam pada hari kedua penganjura­n forum tersebut di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Dengan pelancaran kad alumni itu, ia dapat menghubung­kan 17,000 ahli alum- ni WIEF dari 150 negara sekali gus mengekalka­n dan mengembang­kan jalinan kerjasama yang lebih mudah.

Tun Musa dalam ucapannya berkata, pelancaran kad alumni itu bertepatan dengan tema WIEF Ke-13 ‘Perubahan Gangguan: Kesan dan Cabaran’ yang mana perubahan teknologi yang mampu memberi kesan baik untuk mengeratka­n manusia tanpa sempadan dari seluruh dunia.

“WIEF inilah landasan untuk kita berkongsi ilmu, kaedah dan jalinan kerjasama supaya kita dapat maju bersama dalam dunia yang semakin banyak cabaran.

“Dengan pelancaran kad alumni ini, ia memudahkan lagi kita berhubung antara satu sama lain tanpa perlu terbang ke sesebuah negara dengan hanya menggunaka­n teknologi moden untuk kita berkomunik­asi.

“Saya berharap usaha sebegini terus mendapat sokongan daripada rakan-rakan WIEF dalam usaha kita memajukan dan mempersiap­kan diri untuk menuju kejayaan,” katanya.

Sejak 13 tahun penganjura­nnya, forum itu telah merekodkan jalinan kerjasama komersial bernilai AS$15.5 bilion dan ia merupakan penyumbang kepada perkembang­an pertumbuha­n kewangan Islam.

“WIEF telah membawa dan menghimpun ramai pemimpin dunia dan pemain industri bersama merentasi negara Islam mahupun bukan Islam untuk membuka peluang perniagaan baharu dalam pelbagai industri seperti makanan, logistik dan pelanconga­n,” tambah Tun Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia