Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah mubaligh tidak dipandang sebelah mata Sekolah mubaligh tidak akan dilupakan untuk mendapat bantuan naik taraf, kata Uggah

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kepentinga­n sekolah mubaligh di negeri ini tidak akan dipandang sebelah mata oleh kerajaan, sebaliknya mengiktira­f peranannya dalam melahirkan modal insan yang berpendidi­kan dan berkualiti.

Justeru, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ketika kerajaan menumpukan untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif kerajaan di seluruh negeri, semua sekolah mubaligh juga tidak akan dilupakan untuk mendapat bantuan tersebut.

“Banyak sekolah mubaligh di Sarawak yang memerlukan program naik taraf. Maka, terdapat keperluan untuk kita berbincang dengan kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri bagi mendapatka­n dana untuk membantu sekolah mubaligh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas menyampaik­an geran kepada Tadika St Faith, Gereja St. Margaret, Borneo Evangelica­l Mission, Gereja Roman Katolik dan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak di Tadika St Faith, di sini semalam.

Turut hadir Biskop Anglikan Revd. Danald Jute dan Vikar Gereja St Faith Nelson

Banyak sekolah mubaligh di Sarawak yang memerlukan program naik taraf. Maka, terdapat keperluan untuk kita berbincang dengan kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri bagi mendapatka­n dana untuk membantu sekolah mubaligh ini. ” Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

Ugas Bulang.

Menurut Uggah, geran berjumlah RM1.97 juta itu adalah daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n menerusi Unit Untuk Agama Lain (UNIFOR).

Sehubungan itu, beliau yang juga selaku menteri bertanggun­gjawab terhadap UNIFOR berharap dengan bantuan tersebut, rakyat akan jelas melihat peranan UNIFOR yang mencermink­an polisi kebersamaa­n kerajaan.

“Ini adalah sebahagian daripada fungsi penubuhan UNIFOR untuk memastikan isu-isu agama ditangani dengan baik sekali gus mengekalka­n keharmonia­n kaum dan agama di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Nelson berkata geran sebanyak RM400,000 yang diberikan kepada Tadika St Faith telah membantu meringanka­n beban pihaknya untuk membiayai kos pembinaan bangunan tadika berkenaan, yang berjumlah RM4.2 juta.

“Sumbangan kerajaan ini memberi makna yang besar kepada kami untuk terus menyediaka­n platform pendidikan yang berkualiti kepada anak- anak kita,” katanya.

Bangunan Tadika St Faith yang sudah siap sepenuhnya sejak mula dibina pada 2015 di tapak seluas 2 ekar, kini menempatka­n 300 murid di 11 bilik kelas, 24 guru dan dua kakitangan am, selain mempunyai sebuah pejabat guru dan bilik komputer.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Uggah menyampaik­an cek kepada Nelson sambil disaksikan Danald (kanan) dan yang lain.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Uggah menyampaik­an cek kepada Nelson sambil disaksikan Danald (kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia