Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rayong mahu ketua masyarakat peka dengan perubahan iklim

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa mahu ketua- ketua masyarakat peka dengan perubahan iklim bagi memudahkan hebahan kepada bakal mangsa bencana.

Menurutnya, kita tidak boleh mengawal sesuatu bencana termasuk banjir namun boleh meminimumk­an kesannya dengan membuat persiapan sebelum dan selepas sesuatu musibah datang.

“Maka itu saya sentiasa mengingatk­an anda sebagai pemimpin di peringkat akar umbi peka dan sentiasa berhubung dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, RELA, JPAM, JKM dan sebagainya untuk samasama memantau seterusnya berkongsi maklumat agar bantuan segera dapat dihulurkan,” katannya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Latihan Simulasi Pengurusan Bantuan Bencana Peringkat Negeri Sarawak anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMS) di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang kelmarin.

Bercakap lanjut beliau menggesa ketua- ketua masyarakat yang terdiri daripada penghulu, kaunselor, kapitan dan tuai-tuai rumah agar menyimpan nombor- nombor penting pejabat kerajaan di telefon bimbit masing-masing untuk memudahkan urusan ketika berlaku bencana.

“Ketika ini saya dapat teka bahawa daripada sepuluh daripada anda mungkin satu atau dua menyimpan nombor agensi kerajaan...yang lain memandang remeh hingga menyukarka­n anak- anak buah memohon bantuan ketika musibah datang,” ka- tanya.

“Ketua masyarakat harus menyedari peranan sebagai pemimpin di peringkat bawahan semakin kompleks dan menuntut kesiapsaga­an dari semasa ke semasa dan bukan hanya memantau anak-anak buah sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Rayong mahu masyarakat sentiasa peka dengan arahan pemimpin akar umbi yang telah diberi peranan menyampaik­an maklumat sebelum sebarang bantuan tiba.

“Juga saya mahu anda sentiasa menyimpan dokumen di tempat selamat dan mudah dicapai jika sekiranya bencana datang tanpa diundang dan secara tiba-tiba,” tegasnya.

Mengenai pemilihan Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa sebagai pusat pemindahan mangsa bencana di DUN ini, beliau menyifatka­n ia sebagai bertepatan memandangk­an kedudukann­ya di tengahteng­ah DUN Engkilili serta dekat dengan Batang Ai dan Betong.

“Kita faham kemudahan di dewan ini masih kurang namun ia tidak menjadi halangan untuk mangsa bencana berteduh buat sementara waktu sementara menunggu situasi kembali pulih,” ujarnya dan menambah sangat mengalu-alukan latihan simulasi pengurusan bencana sebelum musibah sebenar berlaku.

Turut hadir Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak, Pengarah JKMS Abang Shamsudin Abang Seruji, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM Azman Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pusat Operasi JKM Zulkifli Ismail, Pegawai Daerah Lubuk Antu Richard Ngumbang, SAO Brin Munsang, wakil JKR Sri Aman Bujang Kanang, wakil agensi-agensi kerajaan, penghulu, kaunselor, kapitan dan tuai-tuai rumah serta peserta simulasi mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia