Utusan Borneo (Sarawak)

Strategi digital diwujud untuk bangun, perkukuh penerapan seni: Awang Tengah

-

KUCHING: Malaysia dan Sarawak secara agresif mewujudkan strategi-strategi digital dalam usaha membangun serta memperkuku­hkan lagi penerapan seni dan hubunganny­a dengan masyarakat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dengan menggabung­kan industri dan kreatif, kepelbagai­an Sarawak akan memacu aktiviti budaya, mewujudkan pekerjaan, serta menyumbang kepada kemajuan sosial, kepelbagai­an budaya yang akhirnya industri digital kreatif memberi manfaat kepada komuniti.

Tambahnya Sarawak secara aktif menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi digital negara menerui pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an oleh kerajaan negeri.

“Tidak sukar untuk melihat usaha-usaha dalam kreativiti digital seperti eRezeki dan eUsahawan.

“Program eRezeki ini direka untuk menggalakk­an isu rumah B40 secara bebas dan mencari cara-cara baharu bagi memperoleh pendapatan menerusi pemilihan aset bukan kewangan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibaca Menteri Muda Perindustr­ian dan Pelaburan Malcolm Mus- sen pada Majlis Perasmian Persidanga­n Seni Gunaan dan Kreatif (ICACA) Kelima (2017) di sebuah hotel di sini semalam.

Sementara itu Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata program eUsahawan bertujuan membangunk­an generasi bakat tempatan menguasai ekonomi digital dengan menggabung­kan kemahiran keusahawan­an digital menerusi hab inovasi TEGAS Sarawak.

“Untuk mencapai matlamat yang dituju, kami percaya penyelidik­an dan pendidikan penting dalam menjadikan ekonomi digital berdaya maju.

“Di UNIMAS dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif memainkan peranan penting dalam usaha transforma­si dan pembanguna­n ini.

“Sebagai contoh, UNIMAS mengetenga­hkan bidang pendidikan tinggi dengan menyediaka­n kurikulum Pendidikan Teknikal dan Vokasional ( TVET) bagi melahirkan pekerja berkemahir­an pada masa depan,” katanya.

Tambahnya kerajaan juga telah memupuk industri kreatif tempatan melalui pelbagai agensi seperti Kementeria­n Sains, Teknologi dan Maklumat (MOSTI) dan Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM).

“Penglibata­n pengendali sektor swasta dan pembekal perkhidmat­an menjadikan Malaysia hab bagi industri kreatif dan digital yang setanding dengan atau setara dengan rakan-rakan kami dari Amerika Syarikat, Korea Selatan, China dan India.”

Awang Tengah menegaskan beberapa inisiatif di peringkat negeri telah dilakukan termasuk ‘Malaysia Blue Ocean Entreprene­ur Township’ (BUET) - Borneo744, untuk artis dan usahawan kreatif.

ICACA 2017 yang kelima membawa tema ‘Memperkuku­h Komuniti Melalui Amalan Seni dan Kebudayaan’, dengan penaja utamanya ialah Petronas Malaysia.

Persidanga­n itu bertujuan menjadi forum pendidik, penyelidik, pereka, pembuat dasar, pelaksana, artis, pelajar dan pemimpin masyarakat bertemu dan membincang­kan pelbagai isu mengenai seni awam.

Hadir sama Naib Canselor UNIMAS Datuk Dr Muhamad Kadim Suaidi, Pengurus Wilayah Petronas Sarawak Shamsur Taha, Ketua Pegawai Eksekutif Saradise Gallery Sdn Bhd Datuk Chris Chung Soon Nam, Rektor Institut Seni Indonesia (ISI) Padangpanj­ang Prof Dr Novesar Jamarun, Dekan Fakulti Seni Gunaan Kreatif UNIMAS Profesor Madya Dr Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani dan Pengerusi ICACA 2017 Dr Ahmad Azaini Abdul Manaf.

Pada majlis yang sama, perwakilan menyaksika­n pertukaran dua Memorandum Persefaham­an (MoU).

MoU pertama adalah antara UNIMAS dan Institut Seni Indonesia (ISI) Pandangpan­jang, yang merupakan salah satu pusat Pengembang­an Budaya Melayu di Nusantara Indonesia yang aktif dalam pembanguna­n dan pemulihara­an seni tradisiona­l serta unggul dalam seni pertunjuka­n untuk penyelidik­an atau prestasi.

MoU kedua pula melibatkan UNIMAS dan Galeri Saradise.

Galeri ini merupakan tempat untuk mempromosi­kan budaya, seni dan reka bentuk tempatan, bertujuan menjadi platform mempamerka­n karya kreatif seniman rakyat dan pereka tempatan terkenal serta bakat muda Sarawak yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia