Utusan Borneo (Sarawak)

Olimpik khas bantu kanak-kanak keperluan khas turun berat badan

-

SIBU: Olimpik Khas Sarawak akan menjadikan usaha menurunkan berat badan kanakkanak berkeperlu­an khas yang mengalami berat badan berlebihan sebagai agenda utama tahun depan.

Pengerusin­ya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha itu penting bagi memastikan kanak- kanak berkeperlu­an khas sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan bebas daripada masalah tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.

Ujarnya, usaha tersebut telah dilaksanak­an olah Olimpik Khas Sarawak Cabang Sibu dengan disertai seramai 15 peserta dan berharap dapat men- jadi contoh kepada Olimpik Khas Sarawak cabang lain.

“Program penurunan berat badan kanak-kanak berkeperlu­an khas yang dijalankan oleh Olimpik Khas Sarawak Cabang Sibu yang mengambil masa selama enam bulan telah membuktika­n kejayaan.

“Kejayaan itu dapat dibuktikan apabila salah seorang daripada peserta program telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak sembilan kilogram,” jelasnya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Olimpik Khas Sarawak Ke-13 di sebuah hotel di sini, semalam.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak berkata, 60 peratus daripada atlet Olimpik Khas didapati mengalami masalah berat badan berlebihan menerusi satu program dijalan.

Fatimah menggesa ibu bapa mempunyai kanak- kanak berkeperlu­an khas supaya sentiasa memantau berat badan anak-anak mereka.

Turut hadir Setiausaha Olimpik Khas Sarawak Chew Siok Cheng dan Pengerusi Olimpik Khas Sarawak cabang Sibu Liza Chan dan Pengarah Sukan Olimpik Khas Sarawak Joseph Wong.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa Olimpik Khas Sarawak selepas sidang media di Sibu, semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa Olimpik Khas Sarawak selepas sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia