Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dicadang tubuh pasukan bincang masalah kekurangan pekerja ladang

-

KUCHING: Duta Republik Indonesia di Malaysia Rudi Kirana mencadangk­an agar Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan khas untuk berbincang dengan kerajaan republik itu mencari penyelesai­an kepada masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladanga­n kelapa sawit khasnya di Sarawak.

Beliau berkata masalah itu harus diselesaik­an antara kerajaan dengan kerajaan (GtoG) dan banyak aspek perlu diambil kira.

Ujarnya, beliau menyedari masalah dihadapi sektor perladanga­n di Malaysia dan berharap rundingan yang lebih teratur akan dilakukan untuk mencari penyelesai­an kepada isu tersebut.

Menurutnya adalah tidak wajar untuk meminta Presiden Republik itu Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi mengulas mengenai perkara itu ketika beliau menghadiri sesi bersama masyarakat Indonesia di negeri ini dalam program ‘ Temu Kangen Presiden RI’ di Stadium Perpaduan semalam.

Tambahan ujarnya, Jokowi mempunyai jadual yang ketat sepanjang lawatan kerjanya ke Sarawak.

Terdahulu Jokowi menghadiri Rundingan Tahunan Ke- 12 Indonesia- Malaysia yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel di sini.

“Cara yang paling baik ialah Malaysia menubuhkan pasukan khas dan mengadakan rundungan GtoG untuk menyelesai­kan perkara ini,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Stadium Perpaduan selesai program berkenaan.

Beliau antara tetamu kehormat yang menyertai Jokowi menghadiri program dihadiri ribuan warga Indonesia yang bekerja dan tinggal di Sarawak.

Mereka yang hadir semalam rata- ratanya bekerja dengan syarikat perladanga­n di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, datang menggunaka­n bas semata-mata mahu bertemu pemimpin nombor satu republik itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia