Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bagi menampung keperluan anak-anak pekerja ladang kelapa sawit milik syarikat tempatan: Joko

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Republik Indonesia memohon kerajaan Malaysia membantu membina 31 lagi Pusat Pelajaran Komuniti (CLC) di Sarawak bagi menampung keperluan anak-anak warganegar­a itu terutama yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit milik syarikat tempatan.

Presidenny­a Joko Widodo berkata republik itu menyasar untuk membina 50 CLC di negeri ini menjelang Jun 2018.

“Sebentar tadi saya sudah meminta kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar membantu kami membangunk­an sekolah atau CLC di Malaysia , Sarawak khasnya.

“Kami menyasar 50 CLC menjelang Jun 2018, setakat ini sudah ada 19 CLC di Sarawak yang beroperasi. CLC ini penting untuk memastikan semua anak pekerja kami di Sarawak bersekolah. Anak-anak ini adalah masa depan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan ribuan warga Indonesia yang bekerja dan menetap di Sarawak yang menghadiri program ‘Temu Kangen Presiden RI (Republik Indonesia)’ Joko Widodo di Stadium Perpaduan di sini semalam.

Terdahulu beliau bersama Najib menghadiri Rundingan Tahunan Ke-12 IndonesiaM­alaysia di sebuah hotel di sini.

Joko dalam ucapannya turut berpesan kepada warganegar­a Indonesia yang bekerja dan menetap di Malaysia dan Sarawak khasnya agar menjaga tingkah laku dan sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang negara ini.

“Marilah kita semua warganegar­a Indonesia yang berada di negara lain menjaga nama baik negara kita di mata negara-negara lain,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an rakyat negara itu di Sarawak agar mendapatka­n pasport sah dari Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching bagi mengelak mereka berdepan masalah pada kemudian hari.

Menurutnya untuk mendapatka­n pasport sah, warganegar­a itu hanya perlu menjelaska­n bayaran RM120 dan tiada bayaran tambahan boleh dikenakan bagi tujuan itu.

“Awas jangan perlekehka­n isu ini, ramai rakyat kita (Indonesia) tidak memegang pasport kerana ada pihak yang memperleke­hkannya.

“Kalau ada pasport sah, kalian boleh bekerja dengan selesa dan senang melakukan urusan rasmi,” katanya.

Stadium Perpaduan mula dipenuhi warganegar­a republik itu seawal jam 10 pagi dan

Sebentar tadi saya sudah meminta kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar membantu kami membangunk­an sekolah atau CLC di Malaysia , Sarawak khasnya. Joko Widodo Presiden Indonesia

mereka dihiburkan oleh tujuh artis yang didatangka­n khas dari Indonesia antaranya Ikke Nurjanah, Didi Kempot, Bebiezie dan Erin Suzan.

Suasana di luar dan dalam stadium gamat dengan sorakan sebaik Joko Widodo memasuki stadium serta lagu ‘Gebiar-Gebiar’ diikuti lagu kebangsaan ‘Indonesia Raya’ didendangk­an.

Hadir sama Duta Republik Indonesia di Malaysia Rudi Kirana, Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Sarawak Jahar Gultom dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

 ??  ?? DISAMBUT: Joko Widodo disambut oleh rakyat Indonesia yang setia menanti ketibaanny­a di pekarangan Stadium Perpaduan untuk menghadiri program ‘Temu Kangen Presiden RI’.
DISAMBUT: Joko Widodo disambut oleh rakyat Indonesia yang setia menanti ketibaanny­a di pekarangan Stadium Perpaduan untuk menghadiri program ‘Temu Kangen Presiden RI’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia