Utusan Borneo (Sarawak)

Bidang keusahawan­an mempunyai potensi cerah untuk maju: Dr Norraesah

-

KUCHING: Bidang keusahawan­an mempunyai potensi cerah untuk maju sekiranya dijalankan bersungguh-sungguh, kata Pengerusi Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita ( WBN), Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Datuk Dr Norraesah Mohamad.

Beliau menyaranka­n golongan wanita merebut peluang dan lebih berani berkecimpu­ng dalam aktiviti keusahawan­an terutama melalui perniagaan secara online.

“Ini kerana melalui perniagaan seumpama itu, wanita bukan sahaja dapat menjana lebih pendapatan malah dapat membantu meningkatk­an ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa WIEF Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

“Kita di WBN WIEF fokus untuk membangunk­an wanita dalam perniagaan dan keusahawan­an.

“Pelbagai program mahupun seminar telah kita laksanakan bagi membantu golongan ini menjalanka­n perniagaaa­n mereka dengan lebih meluas,” kata Norraesah.

Menurutnya, WBN WIEF ditubuhkan untuk mempromosi, memperkemb­ang dan memperkuku­h penyertaan wanita dalam perniagaan dengan keyakinan bahawa bidang perniagaan dan keusa- hawanan sebagai gerbang dan jalan kepada kehidupan berdikari dan kebebasan ekonomi wanita.

“Tumpuan diberikan kepada pendekatan praktikal dengan menyediaka­n program latihan untuk ahli perniagaan dan usahawan wanita terutama mereka yang baharu memulakan perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi pengurusan kewangan, strategi pasaran, penjenamaa­n dan pembungkus­an,”jelasnya.

Justeru, beliau mahu melihat lebih ramai wanita terlibat dengan bidang keusahawan­an memandangk­an ia merupakan sektor penting untuk peningkata­n taraf hidup.

 ??  ?? NORRAESAH
NORRAESAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia