Utusan Borneo (Sarawak)

Menurun daripada 3,550 kes pada 2012 kepada 2,415 kes pada 2016, penurunan 31.97% atau 1,135 kes

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Jumlah kemalangan industri di Sarawak mencatat penurunan daripada 3,550 kes pada 2012 kepada 2,415 kes pada tahun lepas, penurunan sebanyak 31.97 peratus atau 1,135 kes.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ( NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik lima tahun Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) menunjukka­n peningkata­n ketara berhubung tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan ( OSH) di negeri ini.

“Saya amat gembira ker-

Saya amat gembira kerana Sarawak telah mengurangk­an kes kemalangan industri. Ini kepada saya menunjukka­n bahawa tahap OSH telah meningkat, di mana kesedaran mengenai keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja telah meningkat.

ana Sarawak telah mengurangk­an kes kemalangan industri.

Ini kepada saya menunjukka­n bahawa tahap OSH telah meningkat, di mana kesedaran mengenai keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja telah meningkat.

“A n g k a d i b e r i k a n PERKESO menunjukka­n perkembang­an sangat positif dan saya berharap angka ini akan terus turun,” ujarnya.

Menurut Lee, berbanding sesetengah negeri, kemalangan industri telah menunjukka­n peningkata­n.

“Namun di Sarawak, jumlah kemalangan industri ini telah berjaya dikurangka­n. Ini atas komitmen yang diberikan majikan di negeri ini dalam meletakkan OSH ke dalam amalan mereka.

“Tidak lupa juga peranan pekerja, majikan telah memberi kesedaran kepada mereka tentang tanggungja­wab mereka dalam soal menjaga keselamata­n,” katanya.

Jelasnya, menyentuh men- genai kemalangan ke tempat kerja di Sarawak, beliau berkata peningkata­n sebanyak 11 kes atau 1.17 peratus daripada 937 kes pada 2012 kepada 948 kes pada 2016.

Lee menegaskan bahawa keseluruha­n kemalangan jalan raya telah mencatat peningkata­n di seluruh negara, yang mencatat kirakira 20 peratus dalam kes di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua majikan terutama yang mempunyai ramai pekerja yang bergantung kepada motosikal sebagai kenderaan, agar melancarka­n lebih banyak kempen keselamata­n.

Tan Sri Lee Lam Thye Pengerusi NIOSH

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia