Utusan Borneo (Sarawak)

Warga pendidik perlu sentiasa dihormati dan dihargai

-

KUCHING: Warga pendidik perlu sentiasa dihormati dan dihargai pengorbana­n dan jasa mereka dalam membentuk ramai sumber manusia yang membantu dalam pembanguna­n negara hari ini.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang yang turut menyifatka­n golongan guru sebagai ibu bapa kepada pelajar sewaktu mereka di sekolah.

“Mengajar merupakan sebuah kerjaya yang mulia yang mana harapan setiap seorang guru itu adalah agar anak murid mereka akan menempa kejayaan dan mendapat kedudukan yang baik dalam lapisan masyarakat hari ini.

“Guru juga merupakan model serta teladan dalam mengamalka­n kebersihan, disiplin dan ketepatan masa,” katanya ketika meraikan Majlis Makan Malam Tahunan PTA Sunny Hill 2017 di sini Isnin lalu.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan ( MPP) menambah, warga guru sentiasa berkorban dan tabah untuk mendidik anak bangsa.

Tambahan lagi dalam situasi yang kian mencabar hari ini menerusi kebangkita­n pembanguna­n teknologi.

Lihat sahaja, golongan guru ini yang tidak pernah mementingk­an diri sendiri, mereka adalah golongan yang sangat penyayang dan menjaga pelajar seperti seorang ibu dan bapa kepada pelajar, ujarnya.

Justeru, menjadi tanggungja­wab anak murid untuk sentiasa mengenang jasa warga guru dengan menghormat­i mereka walaupun selepas tamat sekolah.

Tanpa guru, siapalah kita yang dibentuk sehingga memperoleh kerjaya sebagai seorang jurutera, doktor, profesiona­l dan tenaga kerja yang berkelayak­an kepada negara ini, tegasnya.

 ??  ?? KENANGAN: Lo (duduk, empat kiri) bergambar bersama warga guru Sunny Hill malam Isnin lalu sebagai tanda kenangan.
KENANGAN: Lo (duduk, empat kiri) bergambar bersama warga guru Sunny Hill malam Isnin lalu sebagai tanda kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia