Utusan Borneo (Sarawak)

Tadika St Columba bakal berpindah ke tapak baharu

-

MIRI: Tadika St Columba, Miri bakal berpindah ke tapak baharu terletak bersebelah­an Sekolah Kebangsaan (SK) St Columba di sini.

Penolong Bishop Diosis Kuching yang juga Vikar St Columba Rt Rev Solomon Cheong berkata tapak baharu itu dibangunka­n dengan blok tiga tingkat dilengkapi pelbagai kemudahan untuk menampung lebih ramai kanakkanak tadika tersebut.

Katanya, projek itu dijangka siap akhir tahun berikutnya justeru sudah tiba masanya bagi projek pembinaan semula menggantik­an bangunan lama sesuai dengan perubahan baharu.

“Pada masa ini, tadika berusia berpuluh tahun itu dan terletak bersebelah­an Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) St Columba sudah tidak selamat lagi untuk kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Jelasnya, semoga dengan bangunan tadika baharu itu dapat menyediaka­n persekitar­an lebih kondusif dan memudahkan kelas pembelajar­an untuk kanak-kanak.

Malah katanya, perubahan itu perlu untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan Kementeria­n Pendidikan.

“Kami mahu memberi lebih banyak, nilai- nilai kepada anak-anak muda ini, lebih-lebih lagi persekitar­an yang sesuai untuk mereka belajar dan berkembang.

“Bagaimanap­un, projek baharu itu merupakan citacita dan visi kami untuk sekolah yang lebih baik disediakan kepada generasi muda,” katanya.

Blok sekolah baharu itu dianggarka­n menelan kos RM1.2 juta dan dilengkapi dengan 10 bilik darjah untuk tadika tahap satu hingga tiga dan pusat asuhan kanakkanak tahun satu dan dua.

Ini termasuk ruang makan, bilik rehat, bilik muzik, bilik komputer, bilik aktiviti dan gereja.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting yang hadir sama menyampaik­an cek berjumlah RM500,000 daripada Unit Untuk Agama Lain (UNI- FOR) iaitu badan ditubuhkan oleh kerajaan mengurus hal ehwal berkaitan agamaagama lain bukan Islam dan diselengga­rakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Unit baharu itu membuktika­n kesungguha­n kerajaan Sarawak mengekalka­n layanan adil dan sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” kata Sebastian.

Justeru, di bawah unit itu kerajaan berusaha keras mendekati gereja-gereja dan kuil-kuil yang memerlukan bantuan kewangan dengan harapan rakyat dapat terus mengamalka­n kepercayaa­n masing-masing tanpa perlu berasa risau.

Hadir sama Pengerusi SMK St Columba Hurbert Horton Kelong yang juga pengurus projek pembinaan semula bangunan tadika tersebut dan ahli-ahli Majlis Gereja Parochial serta kaunselor.

 ??  ?? UNTUK PENDIDIKAN: Sebastian menyampaik­an cek kepada Solomon (lima kanan) sambil disaksikan yang lain di Miri kelmarin.
UNTUK PENDIDIKAN: Sebastian menyampaik­an cek kepada Solomon (lima kanan) sambil disaksikan yang lain di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia