Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa kerana menyalah guna dadah

-

MIRI: Mahkamah Majistret Miri mengenakan denda RM3,500 atau empat bulan penjara terhadap seorang lelaki di sini kelmarin kerana kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Robin Teo mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta merta dikehendak­i men- jalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234) dengan memasukkan dadah ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Robin, 34, dari Jalan Terusan 8A Pujut 5 di sini didakwa melakukan kesalahan itu jam 12 tengah hari, 6 Oktober 2016 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri. MARUDI: Pesara kerajaan, William Lim, 76, dilantik secara rasmi sebagai Kapitan Cina Kampung Pemindahan di sini berkuat kuasa pada 20 Oktober lalu.

Beliau berkhidmat pada penggal pertama selama empat tahun dan tamat pada 31 Disember, 2021.

Pada masa ini, beliau menyandang jawatan setiausaha Parti Demokratik Progresif (PDP) dan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai pertanian di Jabatan Pertanian Marudi dan bertanggun­gjawab di bahagian perkhidmat­an veterinar.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat di jabatan sama bahagian veterinar di Sabah, Sarawak, Institut Serdang dan Institut Haiwan Kluang di Kuala Lumpur sebelum pulang ke tanah kelahirann­ya, Marudi dan bersara di sini.

William bertindak sebagai pengerusi JKKK Kampung Pemindahan Baru Marudi berkata, beliau amat berterima kasih kepada Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil, Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini dan Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong atas kepercayaa­n mereka.

“Saya anggap ini satu penghormat­an kepada saya dan memohon kepada masyarakat Cina di Kampung Pemindahan memberi kerjasama erat dan saling bekerjasam­a mengukuhka­n hubungan baik dan perpaduan demi pembanguna­n didambakan bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia