Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dijemput meriahkan Sukan Lombak Asal S’wak, Sabtu ini

-

MUKAH: Orang ramai sekitar Mukah dijemput hadir memeriahka­n program Sukan Lombak Asal Sarawak yang bakal diadakan pada 25 November ( Sabtu) ini di Stadium Perpaduan Dalat.

Menurut satu kenyataan, program anjuran Pejabat Daerah Dalat dengan kerjasama Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Bahagian Mukah itu bakal memperkena­lkan permainan asal popular pada masa dahulu.

“Program i tu bagi mengetenga­hkan permain- an- permainan tradisi lama untuk dihidupkan kembali terutama kalangan masyarakat,” katanya.

Permainan itu adalah kebiasaan dimainkan kanakkanak atau generasi terdahulu sekitar 60- an, 70- an dan 80- an.

“Ramai generasi kini tidak mengetahui kewujudan permainan-permainan popular itu dan kita akan perkenalka­n,” jelasnya.

Antara permainan itu ialah sepak raga bulatan, kaki antu, lastik, kayuhan darat, rondes, batu seremban, bidar lukut, lompat getah ( zero point), menganyam ketupat dan menggolek mulung.

Turut diadakan kayuhan solidariti dan senaman ringan serta regangan sebelum acara bermula.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah dijangka hadir melakukan perasmiann­ya.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubung­i urus setia Pegawai Tadbir Sarawak ( SAO) John Narong di talian 084864219.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia