Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil kerjasama dengan organisasi media di Sarawak, program MPC mendapat sambutan menggalakk­an

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Kerjasama erat berterusan antara Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) dan pengamal media di negeri ini diyakini mampu menjadi penyumbang kepada kejayaan organisasi tersebut.

Pengarah MPC Wilayah Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid berkata ia bukan sahaja meningkatk­an kejayaan MPC Sarawak malah turut menjadi penanda aras bagi cawangan wilayah lain di Malaysia.

“Kita amat berterima kasih kepada media di Sarawak kerana menerusi kerjasama ini telah menyumbang kepada kejayaan program MPC Wilayah Sarawak,” katanya.

Azmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Media MPC Wilayah Sarawak di sebuah restoran terkenal di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah MPC Wilayah Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg sekali gus menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil organisasi media.

Beliau mendedahka­n sebelum ini pihaknya khuatir dengan tahap kebolehpas­aran program anjuran MPC di negeri ini.

Namun, dengan kerjasama yang terjalin dengan organisasi media cetak dan elektronik Sarawak katanya, program MPC mendapat sambutan menggalakk­an.

“Ternyata peranan media memberi kesan positif dan menjadi penyumbang dalam menjayakan program MPC.

“Selain itu, MPC Wilayah Sarawak juga dijadikan sebagai penanda aras bagi MPC di seluruh negara,” katanya.

Beliau berharap kerjasama itu akan diteruskan pada masa akan datang dalam mempersiap­kan organisasi di Sarawak agar mampu bersaing serta bergerak seiring dengan organisasi lain di Malaysia.

Kita amat berterima kasih kepada media di Sarawak kerana menerusi kerjasama ini telah menyumbang kepada kejayaan program MPC Wilayah Sarawak. Tengku Azmi Tengku Majid Pengarah MPC Wilayah Sarawak

 ??  ?? HARGAI MEDIA: Abang Karim ketika menyampaik­an sijil kepada wakil Utusan Borneo sambil disaksikan Tengku Azmi pada Majlis Apresiasi Media MPC Wilayah Sarawak di Kuching.
HARGAI MEDIA: Abang Karim ketika menyampaik­an sijil kepada wakil Utusan Borneo sambil disaksikan Tengku Azmi pada Majlis Apresiasi Media MPC Wilayah Sarawak di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia