Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS dan UNISBA tandatanga­n MoU tingkat prestasi akademik

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) melangkah setapak lagi ke hadapan apabila menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Universita­s Islam Bandung (UNISBA) semalam.

Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri berkata pemeteraia­n perjanjian tersebut dilihat sinonim dengan usaha keduadua pihak meningkatk­an mutu akedemik.

Ujarnya, UCTS juga tidak mahu ketinggala­n dalam terus proaktif mencari pelbagai rakan strategik agar keber- hasilan maksimum dapat diperolehi.

“MoU kita tandatanga­n hari ini meliputi pelbagai bidang termasuk akademik, latihan, pertukaran pelajar serta aktiviti berkaitan di antara kedua-dua institusi.

“Saya berharap platform ini dapat dimanfaat sebaiknya terutama dalam pembanguna­n modal insan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan UNISBA di UCTS.

Hakim berkata gandingan itu diharap dapat membantu menyerlahk­an lagi sumbangan UCTS kepada warganya dan masyarakat di serata dunia.

Sementara itu, rombongan UNISBA diketuai Naib Rektor III UNISBA H. Asep Ramadan Hidayat.

H. Asep ketika berucap pada majlis tersebut berharap kerjasama di antara UNISBA dan UCTS dapat memberikan mereka lebih pendedahan serta pengalaman dalam bidang-bidang berkaitan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah jawatankua­sa pengurusan, dekan dan pegawai kanan UCTS serta delegasi UNISBA.

 ??  ?? TERMETERAI: Hakim (lima kiri) bertukar dokumen dengan H. Asep (enam kanan) sebaik sahaja kedua-dua mereka selesai menandatan­gani perjanjian kerjasama tersebut.
TERMETERAI: Hakim (lima kiri) bertukar dokumen dengan H. Asep (enam kanan) sebaik sahaja kedua-dua mereka selesai menandatan­gani perjanjian kerjasama tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia