Utusan Borneo (Sarawak)

MPP pandang serius isu pengurusan sisa pepejal, penyelengg­araan alam sekitar

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) sedar dan memandang serius isu pengurusan sisa pepejal serta penyelengg­araan alam sekitar khususnya di kawasan seliaannya, sekali gus menjadikan ia sebagai agenda utama dalam mesyuarat tertinggin­ya.

Menurut Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim, sememangny­a fokus MPP adalah untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai dan mengingatk­an mereka tentang tanggungja­wab yang perlu dipikul sebagai ahli masyarakat dalam memelihara kebersihan dan kesejahter­aan alam sekitar.

“Dengan bertambahn­ya jumlah penduduk dan pesatnya aktiviti- aktiviti pembanguna­n infrastruk­tur ekonomi dan teknologi, maka penghasila­n jumlah sisa juga kian meningkat.

“Banyak kaedah yang perlu kita lakukan bersama untuk mencapai tahap kebersihan yang memuaskan termasuk mencapai kadar kitar semula yang lebih tinggi daripada apa yang sudah kita lakukan hari ini.

“Janganlah leka! Kita harus terus merubah minda dan tabiat harian kita. Amalan mengitar semula dan menjaga kebersihan kawasan kediaman kita hendaklah bermula daripada kita sendiri.

“Justeru, kita harus mendidik dan memupuk anakanak kita melakukan perkara yang sama di rumah dan di sekolah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyempurn­akan Majlis Pelancaran Projek Pengasinga­n Sisa Pepejal dan Kitar Semula di SJK Chung Hua Pengkalan Baru, di sini semalam.

Ahmad menambah, amalan kitar semula juga harus dilakukan bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan tetapi harus didorong oleh keinginan untuk menjaga alam sekitar dan memelihara sumber-sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang.

Katanya, kajian telah menunjukka­n bahawa lebih daripada 60 peratus sampah yang dibuang ke dalam tong sampah adalah boleh dikitar semula, di mana sekitar 16 peratus daripada kos produk yang dibelanjak­an untuk pembungkus­an adalah benar-benar sia-sia jika tidak dilupuskan dengan betul.

Selain itu, katanya 80 pera- tus ‘bangkai’ kenderaan juga boleh dikitar semula manakala tin aluminium boleh dikitar semula sepenuhnya termasuk plastik yang mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk diuraikan.

Justeru, Ahmad menyeru orang ramai supaya aktif menganjurk­an aktiviti pengasinga­n sisa pepejal dan kitar semula serta melibatkan diri secara aktif dalam program-program penyelengg­araan alam sekitar.

Beliau juga berkata MPP akan meneruskan Program Pengasinga­n Sisa Pepejal dan Kitar Semula tersebut ke sekolah-sekolah lain dari semasa ke semasa, memandangk­an ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakk­an, ditambah pula dengan kesedaran daripada pihak sekolah lain.

 ??  ?? RASMI: Kapitan Yong (empat kiri) memukul gong ketika merasmikan Majlis Anugerah Murid Cemerlang SK Sayed Othman Miri, semalam.
RASMI: Kapitan Yong (empat kiri) memukul gong ketika merasmikan Majlis Anugerah Murid Cemerlang SK Sayed Othman Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia