Utusan Borneo (Sarawak)

Berusaha ubah nasib melalui kecemerlan­gan pendidikan

-

MIRI: Pelajar harus berusaha berdikari dan mengubah nasib ke arah lebih baik melalui kecemerlan­gan dalam bidang akademik dan kokurikulu­m di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting berkata usaha membangunk­an modal insan perlu dilaksanak­an secara holistik melalui penekanan penguasaan ilmu pengetahua­n.

“Hanya mereka yang berusaha keras mampu membawa perubahan besar dalam hidup dan saya menggesa supaya pelajar berusaha mencapai kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Kapitan Yong Kar Seng pada Majlis Anugerah Murid Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman Miri semalam.

Menurutnya, pelajar cemerlang dalam dimensi pendidikan Malaysia adalah mereka yang mahu mengembang­kan potensi diri secara menyeluruh dalam mencapai kejayaan.

Pada masa sama, beliau memberitah­u pelajar juga perlu mempunyai keseimbang­an dalam akademik dan kokurikulu­m bagi menjamin masa depan mereka yang lebih gemilang.

“Pihak sekolah perlu mengambil langkah proaktif dan bekerjasam­a antara satu sama lain bagi membantu pelajar bukan hanya cemerlang dalam akademik tetapi mencipta nama dalam kokurikulu­m,” jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Guru Besarnya Juhaili Junaidi berkata majlis tersebut adalah untuk meraikan kejayaan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulu­m.

Selain itu, ia memberi suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar agar mencapai lebih pencapaian dan kejayaan seterusnya mengharumk­an nama sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia