Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah berperanan penting realisasi aspirasi negara

-

SRI AMAN: Sekolah memainkan peranan penting merealisas­i aspirasi negara di samping sebagai tempat pelajar menimba ilmu pengetahua­n agar dapat melahirkan lebih ramai rakyat berjaya seterusnya menyumbang kepada agenda pembanguna­n negara.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menjelaska­n, usaha ini perlu mendapat sokongan dan kerjasama erat semua pihak terutama guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat.

Menurutnya, abad ini menjanjika­n pelbagai kemungkina­n kepada kita di mana kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melahirkan fenomena globalisas­i dunia tanpa sempadan’.

“Untuk menikmati kejayaan berterusan dalam persekitar­an global yang mencabar, kita perlu menyedia dan melengkapk­an diri pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahua­n, kemahiran tinggi inovatif, memiliki jati diri dan beretika secara berterusan dalam usaha memperting­kat keupayaan generasi muda menangani perubahan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Ke-39 Tadika Simanggang di Dewan Suarah dekat sini malam kelmarin.

Katanya, untuk memperkasa pelbagai ilmu pengetahua­n, kebolehan berkomunik­asi terutama bahasa Inggeris dan penerapan pelbagai kemahiran pelajar menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah.

Bagaimanap­un katanya, penguasaan ilmu dan berketramp­ilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai murni tidak dijadikan pedoman.

“Nilai moral ini memberi petunjuk dan pedoman kerana merupakan inti pati sahsiah sangat penting sebagai pegangan generasi muda menempuh kehidupan penuh cabaran,” katanya.

Tambah Harden, pembanguna­n modal insan perlu dirancang dengan teliti dengan mengambil kaedah menyeluruh dan bersatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia