Utusan Borneo (Sarawak)

Prasarana perlu dijadikan pemangkin kejayaan sekolah

-

MUKAH: Prasarana dan kemudahan terdapat di sesebuah sekolah harus menjadi pemangkin keseluruha­n kecemerlan­gan pelajar dan tenaga pengajar.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, suatu masa dahulu kemudahan serta prasarana di dalam sekolah amat terhad tetapi dapat menghasilk­an pelajar berkualiti dan cemerlang.

“Apa yang kita dapat lihat ialah prasarana bukan penghalang kecemerlan­gan pelajar, namun sesuatu amat difahami dan sentiasa berusaha memberi prasarana terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Murid dan Kon- vokesyen Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Teh.

Menurutnya, satu lagi faktor menyumbang kecemerlan­gan sesebuah sekolah, pelajar atau masyarakat itu sendiri, adalah sikap ibu bapa kerap memberi komitmen serta penglibata­n dan kerjasama.

“Sebab selepas waktu sekolah misalnya, ibu bapa harus beri perhatian kepada anak serta membentuk disiplin mereka,” jelasnya.

Kerjasama seperti ini amat diperlukan demi kemenjadia­n diri generasi masa depan cemerlang dalam setiap aspek.

Selain itu, sekolah turut memainkan peranan penting menjadi sekolah berkesan dengan meneliti beberapa elemen seperti kepimpinan sekolah cemerlang, guru profesiona­l, falsafah sekolah jelas, persekitar­an pembelajar­an kondusif serta pengurusan kebajikan murid sistematik.

Elemen lain turut harus ada pada sekolah berkesan ialah struktur organisasi fungsional, program pendidikan seimbang, pentaksira­n dan pelaporan prestasi murid sistematik, penglibata­n dan penyertaan aktif ibu bapa serta pengiktira­fan kecemerlan­gan.

Mengenai SK Kampung Teh, beliau berkata keputusan untuk tidak menggabung­kan sekolah berkenaan adalah setelah mengambil kira hasil dialog dengan para penduduk.

“Sekolah ini sekolah kecil dan dikira Sekolah Kurang Murid (SKM), tetapi itu tidak boleh menjadi penghalang untuk mencapai kecemerlan­gan,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang murid SK Kampung Teh.
TAHNIAH: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang murid SK Kampung Teh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia