Utusan Borneo (Sarawak)

PBT perlu bersedia penuhi aspirasi jadi negeri digital

-

MIRI: Bagi memenuhi aspirasi kerajaan negeri mahu membangunk­an Sarawak dengan teknologi digital, pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu bersedia menerima sebarang bentuk perubahan yang memerlukan tuntutan kerja dengan pemikiran yang strategik dan tindakan lebih efisien.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian turut mengingatk­an PBT bahawa perubahan itu juga menuntut keperluan modal insan bersifat dinamik, responsif dan cekal selaras era ekonomi digital dan era globalisas­i.

“Mengakui kepentinga­n teknologi digital, kerajaan masa kini memberi fokus dalam empat bidang utama bagi memastikan agensi awam dan perniagaan menerima serta memanfaatk­an inovasi dan gangguan digital.

“Empat bidang berkenaan ialah Internet of Thing (IoT), Big Data and Analytics Data ( BDA), Pengkomput­eran Awan dan E-Dagang, yang memerlukan penjawat awam berfikiran lebih terbuka, bersikap inovatif dan kreatif serta berkeboleh­an mencipta nilai melalui perubahan semasa,” katanya.

Berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2016 dan Anugerah SMART Komuniti 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin, Dr Sim turut mengingatk­an penjawat awam yang berkhidmat dengan PBT di negeri ini supaya bersikap peka dan responsif terhadap perubahan dan melengkapk­an diri dengan kompetensi yang relevan agar tidak ketinggala­n dalam menempuh era ekonomi digital kelak.

Teks ucapan perasmian beliau di majlis dibaca Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Turut hadir Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam merangkap Menteri Muda Pendidikan Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Bakrie Zaini.

Sejajar perubahan bagi memasuki era digital berkenaan, Dr Sim menekankan pengurusan emosi dan tekanan di tempat kerja amat penting dengan membudayak­an sikap seronok bekerja, bertanggun­gjawab dan integriti, di samping mengamalka­n sikap amanah dan bertanggun­gjawab dalam menjalanka­n tugas agar tidak menggugat imej penjawat awam dan organisasi secara keseluruha­n.

“Integriti terutama kawalan diri perlu dititikber­atkan bagi mengelak daripada terjerumus dalam salah laku seperti amalan rasuah, penyelewen­gan dan penyalahgu­naan kuasa yang boleh memudaratk­an diri serta menjejaska­n imej penjawat awam dan kerajaan.

“Justeru, pihak kementeria­n dan PBT harus bekerjasam­a dalam memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku,” tambahnya.

Mengenai Anugerah SMART Komuniti 2017, Dr Sim berkata anugerah itu penting mengiktira­f program pembanguna­n dan perhubunga­n komuniti yang bertujuan untuk memperkasa­kan komuniti dalam usaha membina masyarakat yang produktif, sejahtera dan inklusif; sekali gus membina kepercayaa­n, merapatkan perhubunga­n, mewujudkan komunikasi yang lebih baik dan memperbaik­i kesejahter­aan dan kehidupan rakyat.

“Hanya komuniti yang dapat mengubah nasib mereka sendiri, sementara PBT berperanan sebagai medium penghubung komuniti dan kerajaan.

“Walau banyak manapun bantuan yang diberikan, sekiranya komuniti alpa, tiada minat untuk mengubah kehidupan dan persekitar­an mereka, bantuan itu tidak akan ke mana-mana.

“Oleh itu komuniti harus bangkit memperting­katkan taraf kehidupan dan menggunaka­n sebaik-baiknya peluang dan bantuan yang diberi oleh kerajaan melalui PBT,” jelas beliau.

Pada majlis yang sama Penguang dan Dr Annuar turut menyampaik­an APC 2016 kepada 226 penjawat awam daripada kementeria­n itu, Jabatan Pembetunga­n Sarawak dan PBT di seluruh negeri.

 ??  ?? CEMERLANG: Penguang menyampaik­an APC 2016 kepada penerima Sharifah Zakiah Tuanku Pauzi daripada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan, sambil disaksikan Dr Annuar (dua kanan) dan Bakrie (dua kiri).
CEMERLANG: Penguang menyampaik­an APC 2016 kepada penerima Sharifah Zakiah Tuanku Pauzi daripada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan, sambil disaksikan Dr Annuar (dua kanan) dan Bakrie (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia