Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK Kampung Selanyau menang Anugerah SMART Komuniti 2017

-

MIRI: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) Kampung Selanyau, Bekenu dekat sini muncul pemenang anugerah utama ( Kategori Berlian) untuk Anugerah SMART Komuniti 2017, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

JKKK Kampung Selanyau yang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta sijil, memenangi anugerah berkenaan menerusi projek penternaka­n kelulut.

Anugerah mereka telah disampaika­n Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2016 dan Anugerah SMART Komuniti 2017 anjuran kementeria­n itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Hadir sama menyaksika­n acara gemilang itu ialah Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam merangkap Menteri Muda Pendidikan Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee serta Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Bakrie Zaini.

Projek ternakan kelulut diusahakan secara sukasuka sahaja mulanya, pada September 2014, kini telah menjadi salah satu punca pendapatan bagi penduduk kampung dan sehingga akhir tahun 2016, JKKK Kampung Selanyau mempunyai sebanyak 2,000 log kelulut.

Kebanyakan spesies kelulut yang diternak ialah Hetreotrig­ona Itama, iaitu jenis kelulut yang banyak menghasilk­an madu.

Malah sejak 1993 lagi, JKKK Kampung Selanyau sudah muncul johan untuk 18 pertanding­an yang disertai di peringkat bahagian Miri dan negeri Sarawak.

Bagi Kategori Platinum pula, tiga pemenang dipilih iaitu Jawatankua­sa Penduduk (RC) Zon Pujut Miri, menerusi Projek Pemerkasaa­n Jawatankua­sa Penduduk Pujut, yang diiktiraf oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas keberkesan­an program dan sumbangan mereka dalam membantu polis, mengurangk­an keskes jenayah menerusi skim rondaan.

JKKK Kampung Empila, Kota Samarahan dipilih menerusi program Komuniti Bestari Kampungku Indah, Ceria dan Selamat, yang turut menyaksika­n mereka diberi Anugerah Kampung Contoh.

Manakala Kelab MARKAS dan Belia Saratok, menerusi projek Hab Usahawan Belia Saratok berjaya dipilih kerana proses transforma­si kawasan berkenaan.

Ketiga- tiga kumpulan komuniti ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 berserta sijil.

Terdahulu, Bakrie dalam ucapannya berkata keduadua anugerah tersebut APC 2016 dan Anugerah SMART Komuniti 2017, amat penting kerana ia merupakan satu penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada mereka yang telah menunjukka­n kesungguha­n dan komitmen dalam menyumbang kecemerlan­gan kepada komuniti mereka dan majikan masing-masing.

“Anugerah SMART Komuniti ini mulai diperkenal­kan pada tahun lalu sebagai ganjaran kepada komuniti yang aktif dan membawa impak positif kepada kualiti hidup masyarakat setempat.

“Pemilihan pemenang anugerah ini mengguna kaedah Likert Scale daripada kalangan 156 projek komuniti yang dianjurkan oleh komuniti melalui PBT masing-masing.

“Daripada jumlah itu, 20 projek disenarai pendek dan pada malam ini kita mengumumka­n tujuh pemenang dan tiga pemenang sagu hati,” tambahnya.

Bakrie memberitah­u tahun ini, seramai 226 pegawai telah dipilih menerima APC 2016, daripada jumlah itu 12 daripada kementeria­n berkenaan, dua lagi daripada Jabatan Pembetunga­n Sarawak manakala 212 daripada pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) dari seluruh negeri.

“Selain menerima sijil dan hadiah wang tunai RM1,000, penerima APC 2016 turut diberi peluang dan keutamaan mengikuti kursus atau program yang dapat menyumbang meningkatk­an lagi prestasi kerja mereka,” jelas beliau.

“Baru- baru ini Ketua Menteri ( Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) mengumumka­n bonus sebulan gaji atau RM2,000 bagi setiap penjawat awam sebagai tanda penghargaa­n kepada prestasi yang ditunjukka­n oleh perkhidmat­an awam negeri.

“Pada malam ini ( kelmarin) saya mengumumka­n bahawa kemudahan ini turut dipanjangk­an kepada setiap pegawai PBT negeri dan menterinya (Dr Sim) juga telah setuju bayaran ini dibayar pada bulan Disember depan,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia