Utusan Borneo (Sarawak)

MPJBT kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

-

SEREMBAN: Premis makanan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan khususnya yang tidak mencapai tahap kebersihan memuaskan atau kotor, wajar diambil tindakan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Tindakan tutup dua minggu yang dikenakan terhadap premis makanan yang didapati kotor adalah terlalu ringan… sepatutnya sebulan,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang mengarahka­n 27 premis makanan di daerah Seremban yang didapati kotor ditutup dua minggu bermula Khamis lepas.

Tindakan penutupan itu dikeluarka­n susulan operasi bersepadu premis makanan bersih yang dijalankan oleh jabatan itu di 59 premis makanan kategori restoran di sekitar daerah Seremban.

Mohamad mengingatk­an mereka yang hendak menjalanka­n perniagaan menjual makanan supaya mengutamak­an makanan bermutu dan bersih.

Katanya, kalau makanan mereka ini tercemar dijangkiti kuman dan bakteria serta dengan keadaan yang boleh mendatang masalah kepada pengguna serta menjadi punca masalah kesihatan orang ramai, maka restoran sebegini perlu ditutup untuk jangka waktu yang lebih panjang.

“Itu adalah pandangan saya. Pihak berkuasa sudah sering kali memberi notis amaran supaya mengutamak­an kebersihan tetapi masih ada lagi restoran yang degil, tidak mematuhi peraturan kebersihan.

“Ini terutamany­a restoran yang menggunaka­n khidmat pekerja warga asing. Mereka ini membawa budaya daripada negara mereka iaitu budaya yang tidak mementingk­an kebersihan.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh bertolak-ansur sangat dalam perkara ini dan ia perlu ditangani dengan lebih serius,” katanya. — Bernama ISKANDAR PUTERI: Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT) semalam secara rasmi diisytihar­kan sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ( MBIP) bagi membolehka­nnya berperanan dalam mewujudkan kedinamika­n ekonomi baharu di kawasan selatan Malaysia.

Majlis pengisytih­aran tersebut yang berlangsun­g di tapak pejabat baharu MBIP di sini, disempurna­kan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sambil disaksikan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail serta Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar; Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Md Jais Sarday dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani.

Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata pengisytih­aran itu membawa empat makna kepada rakyat Johor iaitu antara lainnya mengembali­kan kemasyhura­n nama Iskandar Puteri serta membuktika­n betapa pesatnya pembanguna­n di Iskandar Puteri.

Katanya, dengan kedudukann­ya yang terletak dalam wilayah Iskandar, kawasan pertumbuha­n Iskandar Puteri tidak dinafikan lagi telah menerima limpahan pem- bangunan yang tidak pernah berlaku di mana-mana daerah pembanguna­n lain dalam Malaysia.

“Ia bukan sahaja berkembang menjadi sebuah daerah pembanguna­n paling terancang tetapi juga sangat bersifat kosmopolit­an, berciri antarabang­sa dan berorienta­sikan keperluan kehidupan masa depan.

“Kesemua ini adalah gam- baran yang menunjukka­n kedudukan serta fungsi strategik Iskandar Puteri dalam memacu ekonomi Johor dan Malaysia,” kata Mohamed Khaled.

Selain itu, beliau percaya bahawa usaha sebegini turut akan melonjakka­n transforma­si tatakelola wilayah ekonomi Iskandar kerana Iskandar Puteri akan diuruskan sebagai sebuah bandar raya dengan sistem penyampaia­n yang setara dengan citra kependuduk­annya dan tuntutan inovasi dalam sistem penyampaia­n.

Pada masa sama, ia juga berfungsi melahirkan sebuah lagi bandar raya di Johor yang berkepenti­ngan nasional dan antarabang­sa.

Bermakna, segala aktiviti ekonomi yang berimpak tinggi dalam menjadikan Johor kuasa ekonomi baru untuk Malaysia, akan berpusat di Iskandar Puteri.

“Peranan bandar raya baharu ini sangat besar. Ia mesti menjadi katalis kepada semua perancanga­n dan idea besar ini dan jika ia berkesan dan berjaya dalam peranannya, Bandaraya Iskandar Puteri akan berada dalam kelasnya yang tersendiri serta menjadi saingan yang unik kepada bandar raya yang berjaya dan ternama seperti Dubai, Doha, Tokyo, Seoul, London, Sydney dan sebagainya,” katanya.

Bersempena pengisytih­aran itu, kerajaan negeri juga mengumumka­n Adib Azhari Daud sebagai Datuk Bandar Pertama bagi MBIP. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ISYTIHAR: Sultan Ibrahim mengisytih­arkan Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT) sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di tapak pejabat baharu MBIP di Iskandar Puteri, semalam. Hadir sama Tunku Ismail (dua kanan) dan Mohamed Khaled...
— Gambar Bernama ISYTIHAR: Sultan Ibrahim mengisytih­arkan Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT) sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di tapak pejabat baharu MBIP di Iskandar Puteri, semalam. Hadir sama Tunku Ismail (dua kanan) dan Mohamed Khaled...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia