Utusan Borneo (Sarawak)

Sidang DUN Pahang tegang gara-gara isu arak ADUN DAP Mentakab menyindir kenyataan MB yang mengaitkan pesta arak dengan kejadian banjir

-

KUANTAN: Sesi perbahasan persidanga­n Dewan Undangan negeri (DUN) Pahang semalam menjadi tegang gara-gara isu minum arak yang dikaitkan dengan bencana termasuk banjir.

Ketegangan tercetus antara Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Tengku Zulpuri Shah Tengku Raja Puji (DAP-Mentakab), memaksa Yang Dipertua DUN Datuk Seri Ishak Muhamad menangguhk­an seketika persidanga­n sehingga jam 3 petang setelah diminta oleh Adnan.

Pertikaman lidah bermula apabila Tengku Zulpuri Shah memaklumka­n kepada anggota dewan bahawa kejadian banjir yang melanda kawasannya baru-baru ini disebabkan sistem perparitan tidak sempurna, bukan kerana pesta arak.

“... tidak ada pesta arak secara terbuka di kawasan berkenaan sebelum itu,” katanya yang dipercayai menyindir kenyataan yang dibuat oleh Adnan sebelum ini yang mengaitkan kejadian banjir di Pulau Pinang akibat pesta arak secara terbuka.

Kita cakap pasal agama... itu sinikal... saya yang panas hati sebab dia hina agama, hina Allah apabila kata Jeddah juga banjir walaupun tidak ada pesta arak.

Kenyataan itu menyebabka­n Adnan bangun mencelah bertanyaka­n, “Siapa yang menjadikan ribut dan taufan” namun tidak diendahkan oleh Tengku Zulpuri Shah yang memberitah­u persidanga­n Jeddah juga dilanda banjir walaupun tidak ada pesta arak.

Kenyataan itu menyebabka­n keadaan semakin panas dengan kedua- dua pihak saling berbalas hujah.

“Kita cakap pasal agama... itu sinikal... saya yang panas hati sebab dia hina agama, hina Allah apabila kata Jeddah juga banjir walaupun tidak ada pesta arak,” kata Adnan.

Beliau kemudian memohon speaker menangguhk­an seketika persidanga­n dewan sebelum dibenarkan oleh Ishak untuk meredakan keadaan.

Pada hari pertama persidanga­n Isnin lalu, Adnan mengaitkan kejadian banjir besar di Pulau Pinang barubaru ini berpunca daripada penganjura­n pesta arak dan beliau mengatakan ia merupakan satu ingatan serta bala daripada Allah.

Kenyataan itu mendapat bantahan daripada beberapa wakil pembangkan­g termasuk Leong Ngah Ngah ( DAP- Tanah Rata) yang meminta agar bencana berkenaan tidak dikaitkan dengan pesta tersebut. — Bernama

Datuk Seri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia