Utusan Borneo (Sarawak)

Mufti Perlis saran umat Islam contohi amalan rakyat Jepun

-

KANGAR: Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Aibidin menyaran umat Islam di negara ini agar mencontohi amalan hidup yang baik rakyat Jepun.

Beliau memberi contoh tandas awam, kedai makan atau tempat riadah di negara matahari terbit itu sentiasa bersih kerana mereka mengamalka­n gaya hidup sihat dan berkualti.

“Pergi ke mana sahaja di Jepun, kita dapat melihat semua dijaga malah jika kita tertinggal barang di sesuatu tempat, nescaya barang tersebut masih berada di tempatnya apabila kita kembali untuk mengambiln­ya. Ini menunjukka­n mereka amanah.

“Amalan masyarakat Jepun ini memenuhi sebahagian tuntutan ajaran Islam yang patut kita berasa malu kerana tidak mengamalka­nnya,” kata Mohd Asri dalam ceramah mingguanny­a di Masjid Alwi di sini, malam kelmarin.

Katanya, beliau melihat sendiri cara hidup dan budaya masyarakat Jepun semasa menyertai lawatan kerja bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ke Tokyo, baru-baru ini.

Mohd Asri berkata, untuk mendakwah rakyat Jepun, orang Islam khususnya rakyat Malaysia perlu mengamalka­n cara hidup sebenar yang dianjurkan oleh Islam atau kemungkina­n mereka akan termalu sendiri.

“Di negara kita masyarakat Islam sendiri sanggup mencuri duit tabung masjid apatah lagi jika terjumpa barang berharga milik orang lain.

Walaupun sikap ini hanya membabitka­n segelintir umat Islam ia menjadi sukar untuk kita menarik orang bukan Islam menganut agama Islam,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia