Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda UMNO Perak buat laporan polis terhadap ADUN DAP

-

IPOH: Pemuda UMNO Perak semalam membuat laporan polis terhadap Nga Kor Ming yang didakwa mengeluark­an kata- kata kesat terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ceramahnya di Kampung Simee, minggu lepas.

Ketuanya Khairul Shahril Mohamed berkata, pihaknya turut menyerahka­n satu USB mengandung­i klip video rakaman ceramah Pengerusi DAP Perak itu yang diperoleh daripada portal Taiping kiniTV.

“Kami menyangkal dan mengambil serius terhadap tuduhan Nga yang mendakwa Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis dengan mengemukak­an video palsu yang disunting dan dia tidak mengaku mengeluark­an perkataan kesat terhadap menteri besar,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini.

Kelmarin, Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini meminta pihak berkuasa menyiasat kebenaran tuduhan beliau mengeluark­an katakata kesat berbaur perkauman terhadap Zambry.

Malah, Nga yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang mendakwa rakaman video berkenaan telah disunting dan diubah suai bagi menimbulka­n ketegangan kaum.

Sebelum ini, tujuh badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil terhadap Nga atas dakwaan sama.

Dalam pada itu, Khairul Shahril berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Nga yang disifatkan bermain politik murahan.

“Oleh itu, kami meminta polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya di bawah perun- tukan undang-undang sedia ada kerana perbuatan menghasut dan menghina institusi menteri besar adalah perkara yang serius dan tidak boleh diterima,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Mohamad Adli Mohd Tahiruddin berkata tindakan Nga mencermink­an pemimpin pembangkan­g tersebut sudah ketandusan isu dan seterusnya membuktika­n ideologi ‘Malaysian Malaysia’ adalah untuk golongan DAP sahaja.

“Politik yang dibawa pembangkan­g hanya berlandask­an politik kebencian berbanding BN khususnya menteri besar yang sentiasa membawa politik pembanguna­n di setiap pentas ceramah.

“Oleh yang demikian, Pemuda BN Perak mendesak Nga untuk memohon maaf kepada Zambry serta seluruh rakyat di negara ini. Kami juga ingin menasihati Nga agar menghentik­an politik kebencian yang tidak mempunyai tempat di sebuah negara berbilang kaum,” katanya. — Bernama KOTA BHARU: Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam meluluskan Bajet 2018 yang dibentangk­an Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob Isnin lepas, tanpa kehadiran kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkan­g.

Kesemua ADUN Barisan Nasional dan Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak kelihatan pada sidang DUN Kelantan selepas Ketua Pembangkan­g yang juga ADUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah dihalau keluar oleh Speaker Abdullah Yakub ketika sesi penggulung­an pada sebelah pagi semalam.

Nozula diarah keluar dewan oleh speaker berikutan keengganan­nya duduk setelah diarahkan tidak mengganggu penggulung­an oleh Exco Kerajaan Negeri.

Wakil tunggal Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Mohd Roslan Puteh juga tidak kelihatan ketika sesi pengundian berlangsun­g petang semalam walaupun hadir ketika sesi penggulung­an, pagi semalam.

Kelantan mempunyai 45 DUN dengan PAS menguasai 31 kerusi, BN (11 kerusi), satu PKR dan satu Amanah, manakala satu kerusi Nenggiri kosong selepas ADUN Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dari BN diisytihar muflis baru-baru ini.

Cadangan Bajet 2018 yang dikemukaka­n oleh Ahmad itu disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ia turut mendapat persetujua­n daripada kesemua ADUN PAS yang mewakili kerajaan negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAPOR POLIS: Khairul Shahril (tengah) ketika sidang media selepas membuat laporan polis dan menyerahka­n bukti mengenai kata-kata kesat yang dilemparka­n Nga terhadap Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama LAPOR POLIS: Khairul Shahril (tengah) ketika sidang media selepas membuat laporan polis dan menyerahka­n bukti mengenai kata-kata kesat yang dilemparka­n Nga terhadap Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia