Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua pembangkan­g Kelantan diarah keluar dewan

-

KOTA BHARU: Ketua Pembangkan­g Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kelantan Datuk Nozula Mat Diah ( BN- Paloh) diarah keluar daripada persidanga­n DUN kira-kira jam 11.20 pagi semalam selepas ingkar arahan Speaker DUN Datuk Abdullah Ya’kub.

Berikutan itu, empat Ahli DUN Barisan Nasional (BN) iaitu Mat Razi Mat Ail (Pengkalan Kubor), Datuk Ramzi Ab Rahman (Dabong), Ab Aziz Yusoff ( Galas) dan Zulkifle Ali (Selising) turut bertindak keluar dewan sebagai tanda solidariti terhadap Nozula.

Abdullah membuat keputusan itu apabila Nozula bertegas ingin membahaska­n Bajet 2018 yang dibentangk­an Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob Isnin lepas, walaupun semalam dijadualka­n untuk sesi penggulung­an.

Bagaimanap­un, Abdullah meminta Nozula supaya duduk kerana Pengerusi Jawatankua­sa Kesejahter­aan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan Badan Bukan Kerajaan ( NGO) negeri Datuk Dr Ramli Mamat ingin memulakan penggulung­an.

Keadaan kecoh seketika apabila Nozula tetap berkeras dengan pendiriann­ya untuk berbahas dengan alasan pembangkan­g masih belum berpuas hati dengan sesi perbahasan yang berlangsun­g kelmarin.

“Kita ( pembangkan­g) hanya ada beberapa orang sahaja untuk membahaska­n Bajet 2018. Yang Berhormat Speaker, dengan belas kasihan, saya minta izin beri peluang kepada saya sebagai ketua pembangkan­g untuk berucap sedikit bagi pihak rakyat,” katanya.

Mohamad Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) kemudianny­a bangun dan menunjukka­n Buku Peraturan Dewan yang menyebut setiap anggota dewan perlu akur dengan arahan yang dikeluarka­n oleh Speaker.

Nozula bagaimanap­un masih tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker sebelum Abdullah meng- arahkan bentara dewan untuk mengiringi keluar ADUN Paloh itu kerana melanggar peraturan dewan dan mengganggu sesi penggulung­an oleh pihak kerajaan.

Sementara itu, Abdullah berkata kerajaan telah memberikan peluang kepada 10 ADUN untuk membuat perbahasan kelmarin merangkumi enam ADUN PAS (Melor, Gual Periok, Gaal, Perupok, Tendong, Kelaboran), tiga ADUN BN (Ayer Lanas, Selising, Kok Lanas) dan seorang ADUN daripada Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Dengan ini secara automatik menafikan dakwaan Paloh bahawa kerajaan sahaja yang buat perbahasan,” katanya.

Ketika ditemui di luar dewan, Nozula berkata beliau sedih dengan perbuatan Speaker yang sepatutnya memberi peluang kepadanya untuk berbahas sebagai Ketua Pembangkan­g.

Kelantan mempunyai 45 ADUN dengan PAS menguasai 31 kerusi, BN (12 kerusi), satu PKR dan satu AMANAH. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia