Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Berizzo pamer aksi luar biasa bangkit ikat Liverpool 3-3 pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara

-

SEVILLE, Sepanyol: Sevilla mempamerka­n kebangkita­n luar biasa dari ketinggala­n 0-3 pada masa rehat sebelum seri 3-3 dengan Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara Selasa lepas.

Roberto Firmino menjaringk­an dua gol ketika skuad kendalian Jurgen Klopp kelihatan selesa untuk mengesahka­n tempat ke pusingan kedua buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun selain mengesahka­n tempat di tangga teratas Kumpulan E apabila mendahului 3-0 pada 30 minit pertama dengan satu lagi gol dijaringka­n Sadio Mane.

Bagaimanap­un, Wissam Ben Yedder menjaringk­an dua gol untuk merapatkan kedudukan sebelum Guido Pizarro menjaringk­an gol penyamaan pada minit akhir dari satu tendangan sudut untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah Sevilla selama setahun di gelanggang sendiri.

“Separuh masa pertama yang hebat dan dalam separuh masa kedua, kami melakukan kesilapan kerana tidak mengekalka­n rentak,” kata pengurus Klopp.

“Kami harus mengawal permainan dengan bola dan kami tidak bermain seperti yang kami mahukan. Kami menjadi agak pasif, mereka menjaringk­an gol pertama dan ia sememangny­a mengubah corak permainan dengan serta-merta dan memberikan perangsang besar kepada mereka.”

Kedua-dua pasukan masih di landasan untuk melangkah ke pusingan kedua ketika Liverpool masih mendahului kumpulan dengan sembilan mata sementara Sevilla dengan lapan mata dan Spartak Moscow di tangga ketiga dengan enam mata.

Liverpool menanti kunjungan Spartak di Anfield dan Sevilla akan ke Maribor pada perlawanan terakhir kumpulan.

“Ia satu perlawanan yang hebat. Saya cukup emosi tentang apa yang berlaku,” kata jurulatih Sevilla, Eduardo Berizzo.

“Saya gembira dengan pemain saya, di atas respon dan karektor yang mereka tunjukkan.”

Kedua-dua pasukan mendapat kelebihan besar sebelum sepak mula selepas Maribor mengikat Spartak Moscow 1- 1 pada perlawanan awal dari kumpulan yang sama.

Kegembiraa­n Sevilla bagaimanap­un tidak berpanjang­an apabila dihukum oleh pertahanan rapuh dari satu tendangan sudut kurang dua minit selepas sepak mula apabila Firmino, yang langsung tidak dikawal, merembat bola menewaskan penjaga gol Sergio Rico.

Sevilla mempunyai peluang mengikat kedudukan tetapi Loris ris Karius menepis satu tu rembatan Nolito to dan terkena palang alang sebelum Ben Yedder meremremba­t bola muntah untah tinggi.

Namun, kepantasan jentera ra serangan Liverpool rpool yang terdiri ri dari Firmino, M a n e , M o - h a m e d Salah dan Philippe coutinho kelihatan lih berjaya mengucar- kacir pertahanan Sevilla dan hanya ketangkasa­n Rico menghalang Firmino menambah jaringan lebih awal.

Tetapi tidak lama kemudian, Liverpool mendahului 2-0 apabila Mane menanduk satu umpanan Firmino sebelum lapan minit kemudian, Mane melihat rembatanny­a gaga gagal ditepis kemas o oleh Rico, membo membolehka­n Firmino menolak bola m muntah ke pintu g gol. Sevilla memulakan separuh ma m a s a k e d u a dengan mentaliti berbeza d dan merap a t k a n kedudukan apab bila Ben Yedder d dijatuhkan d dalam l k kotak penalti oleh Alberto Moreno dan beliau sendiri melakukan tendangan untuk merapatkan kedudukan. Liverpool pernah melakukan kebangkita­n luar biasa, ketinggala­n 0-3 kepada AC Milan dalam Liga Juara-Juara sebelum menang menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 3-3 pada 2005 dan Sevilla menghamp i r i k e - jayaan yang sama ketika berbaki 25 minit perm a i n a n a p a b i l a rembatan F r a n c o Vazquez g a g a l d i t e p i s k e m a s oleh Karius untuk gol kedua. K l o p p

 ??  ?? GOL PENYAMAAN:
GOL PENYAMAAN:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia