Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo bantu Real mara ke pusingan kedua

-

NICOSIA, Greece: Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema masing-masing menjaringk­an dua gol ketika juara bertahan, Real Madrid, membelasah APOEL 6-0 di Nicosia untuk mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Selasa lepas.

Luka Modric membuka jaringan pada minit ke-23 sebelum Real menjaringk­an lima gol dalam 15 minit.

“Ia malam yang sangat bagus untuk kami,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

“Kami berada di landasan tepat. Kami beraksi dengan baik dan membina kekuatan. Ia bukan mudah tetapi ia aksi yang sempurna dan kami menjaringk­an gol dengan pantas,” tambah beliau.

“Gol ini adalah penting untuk kami dan juga penting untuk Cristiano dan Karim kerana mereka adalah penyerang.”

Tetapi Real mungkin bertemu dengan Manchester City di pusingan kedua selepas Tottenham muncul juara Kumpulan H selepas bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Borussia Dortmund 2-1.

“Kami tahu siapa sahaja lawan kami, mereka pastinya lawan yang kuat,” kata Zidane. “Kami akan menentang pasukan yang menamatkan saingan selaku juara dan ia bermakna mereka cukup kuat untuk muncul juara.”

Real membuka jaringan dari rembatan cantik Modric sebelum Benzema menambah jaringan pada minit ke-39.

Nacho menyempurn­a hantaran Raphael Varane dari satu tendangan sudut untuk gol ketiga dua minit kemudian.

Benzema menjaringk­an gol keempat beberapa saat sebelum rehat.

Ronaldo, yang dijangka memenangi anugerah Ballon d’Or bulan hadapan, menyamai rekod yang dipegang Lionel Messi dari Barcelona tetapi beliau bergelut dalam liga musim ini dengan hanya satu gol dari lapan perlawanan.

Tetapi beliau kekal penjaring terbanyak Liga Juara-Juara tahun ini dan menjaringk­an gol kelima Real apabila menyudahka­n umpanan Marcelo pada minit ke-49 sebelum melengkapk­an jaringan lima minit kemudian. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERUSKAN KEMARAAN: Reaksi Ronaldo selepas tamat perlawanan di Stadium GSP, Nicosia, Cyprus Selasa lepas.
— Gambar Reuters TERUSKAN KEMARAAN: Reaksi Ronaldo selepas tamat perlawanan di Stadium GSP, Nicosia, Cyprus Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia