Utusan Borneo (Sarawak)

Spurs ungguli Kumpulan H selepas benam Dortmund 2-1

-

DORTMUND, Jerman: Tottenham Hotspur mengesahka­n tangga teratas Kumpulan H Liga JuaraJuara selepas gol Son Heung- min dan Harry Kane memastikan kebangkita­n 0- 1 sebelum menang 2- 1 di Borussia Dortmund Selasa lepas.

Kane dan Son masingmasi­ng menjaringk­an gol pada minit ke- 49 dan 76 untuk memastikan Spurs, yang sudah layak ke pusingan kedua kejohanan sebelum perlawanan ini, mengesahka­n tempat selaku juara kumpulan dengan 13 mata dan menyebabka­n Real Madrid terpaksa akur di tangga kedua dengan baki satu perlawanan sahaja lagi.

Ia adalah aksi bergaya dari Spurs, yang bangkit selepas Pierre- Emerick Aubameyang menamatkan kemarau gol dari lima perlawanan untuk membuka jaringan pada minit ke- 31.

Spurs kini tiga mata di hadapan Real Madrid, juara bertahan kejohanan dan dijamin selaku juara kumpulan dengan rekod pertemuan lebih baik walaupun Real membelasah APOEL 6- 0 di Nicosia pada perlawanan lain.

Kemenangan Spurs di Jerman menamatkan peluang tipis Dortmund untuk ke pusingan us ingan kedua dan n menambah tekanan kanan ke atas jurulatih ulatih Dortmund, Peter Bosz, dengan pasukannya annya belum menang enang dalam lima a perlawanan terakhir. khir.

Dortmund, nd, di tangga keti- ga tetapi berkongsi dua mata d e n g a n pasukan tercorot, rcorot APOEL, dan harus mengekalka­n kedudukan sekiranya mahu meneruskan pertanding­an di Eropah dengan layak ke kejohanan Liga Europa tetapi menentang Real Madrid pada perlawanan terakhir.

“Kami sangat gembira dengan prestasi dan keputusan, terutama sekali selepas apa yang berlaku dalam separuh masa pertama kerana kami tidak mahu tewas perlawanan,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino. “Gol Harry Kane mengubah segala- galanya. Ia satu pencap pencapaian hebat untuk menjadi juara ku kumpulan – sesua sesuatu yang sangat penting bagi ka kami.” P o c h e t t i n o melakuk melakukan empat per pertukaran dari sku skuad yang tewas 0- 2 kepada A r s e n a l d a l a m aksi Liga Perdana I Inggeris Sabtu lep lepas. Danny Rose dan Harry Winks bermula bersamasam­a dengan Son sementara Serge Aurier diturunkan di pertahanan kanan. Bosz memasukkan pemain remaja, Dan- Axel Zagadou di pertahanan tengah, menggantik­an Sokratis yang mengalami kecederaan. Aubameyang kembali dari penggantun­gan kelab kerana lewat menghadiri latihan dan membuat rakaman latihan pasukan tanpa kebenaran.

Kedua- dua pasukan mempunyai peluang pada 20 minit pertama dengan pemain sayap Dortmund, Andriy Yarmolenko melihat rembatan lemahnya mudah diselamatk­an penjaga gol Hugo Lloris sebelum Zagadou menghadang rembatan Kane.

A u b a m e y a n g m e - namatkan kemarau gol apabila menerima tolakan cantik dari Yarmolenko untuk gol pertamanya sejak 14 Oktober.

Ketangkasa­n penjaga gol Dortmund, Romaan Burki, menafikan gol penyamaan awal Kane sebelum rehat tetapi penyerang antarabang­sa England itu berjaya mengikat kedudukan empat minit selepas rehat.

Gol itu membakar semangat Spurs dan berjaya mendahului kedudukan buat kali pertama ketika berbaki 14 minit permainan apabila Son menyempurn­akan umpanan Dele Alli. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI CEMERLANG: Kane (kanan) bersaing untuk mendapatka­n bola dengan pemain Dortmund, Marc Bartra pada aksi di Signal Iduna Park, Dortmund Selasa lepas.
— Gambar Reuters AKSI CEMERLANG: Kane (kanan) bersaing untuk mendapatka­n bola dengan pemain Dortmund, Marc Bartra pada aksi di Signal Iduna Park, Dortmund Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia