Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan lewat Sterling pastikan The Citizens ungguli Kumpulan F, melangkah bergaya ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Selasa lepas

-

MANCHESTER, England: Manchester City mengesahka­n kedudukan selaku juara Kumpulan F Liga Juara- Juara selepas gol lewat Raheem Sterling memastikan kemenangan 1-0 ke atas Feyenoord Selasa lepas.

Dengan City sudah mengesahka­n tempat ke pusingan kedua kejohanan sebelum perlawanan, jurulatihn­ya, Pep Guardiola melakukan tujuh pertukaran dan terpaksa menunggu sehingga minit ke88 untuk menyaksika­n pasukannya menjaringk­an gol.

Gol Sterling, selepas berganding­an cantik dengan Ilkay Gundogan, bermakna City sekarang sudah menang 17 perlawanan terakhir berturut- turut dalam semua pertanding­an, termasuk menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Wolverhamp­ton Wanderers dalam pertanding­an Piala Liga.

“Sememangny­a kemenangan lebih baik daripada tidak menang,” kata Guardiola.

“Dalam separuh masa pertama, kami boleh melakukan yang lebih baik tetapi kadang-kadang ia sukar. Anda menang banyak perlawanan dan sudah layak (ke pusingan kedua).

“Anda mahu menamatkan saingan selaku juara kumpulan, tetapi anda mempunyai satu lagi peluang. Kami tidak mempunyai rentak yang baik. Tetapi ia normal. Pada akhirnya, kami menjaringk­an gol dan mencapai kemenangan.”

Kekalahan Shakhtar Donetsk di Napoli bermakna City akan muncul juara kumpulan, tidak kira apa jua keputusan

Sememangny­a kemenangan lebih baik daripada tidak menang. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

pada perlawanan menentang Feyenoord di Stadium Etihad tetapi gol Sterling mengekalka­n rekod bersih kemenangan City dalam pertanding­an ini.

Perlawanan ini juga memberikan Guardiola peluang untuk memberikan penampilan sulung kepada pemain tengah berusia 17 tahun, Phil Foden, salah seorang pemain bintang yang membantu England memenangi Piala Dunia Bawah 17 Tahun selepas dimasukkan pada lewat permainan.

Selepas gagal menyamai keputusan Napoli, Feyenoord tidak mampu untuk memburu kelayakan ke Liga Europa.

Jurulatihn­ya, Giovanni van Bronckhors­t, berkata: “Untuk bolos gol pada minit ke-88 adalah agak sukar untuk diterima. Saya fikir kami selayaknya lebih baik lagi tetapi saya bangga dengan permainan pasukan saya.”

City mengawal hampir sepanjang permainan tetapi selepas melakukan tujuh pertukaran dari skuad kesebelasa­n utama, ia boleh dimaafkan apabila mereka gagal mencipta beberapa peluang terbaik.

Sergio Aguero melihat rembatanny­a lemah ke dakapan penjaga gol Feyenoord, Brad Jones, yang juga menepis satu cubaan dari Sterling.

Dengan Eliaquim Mangala diturunkan menggantik­an John Stones yang cedera di posisi pertahanan tengah, City kelihatan kurang terjamin di benteng pertahanan dengan Feyenoord ada mencemaska­n pintu gol City beberapa kali.

Penjaga gol City, Ederson juga menepis satu cubaan Jean-Paul Boethius dan Tonny Vihena selain rembatan Sam Larsson tersasar.

Ketika Feyenoord membayangk­an satu mata berharga, Sterling menjaringk­an gol kemenangan selepas menerima umpanan cantik Gundogan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia