Utusan Borneo (Sarawak)

PSS pertimbang dapatkan khidmat jurulatih dari Thailand

-

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Sarawak ( PSS) sedang mempertimb­ang untuk mendapatka­n khidmat jurulatih dari Thailand bagi melatih skuad lelaki sebagai persiapan menghadapi SUKMA 2018 di Perak.

Menurut Presiden PSS Tan Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki, jurulatih yang masih belum diketahui identiti itu antara tiga jurulatih dalam senarai pemantauan mereka.

“Saya ingin mengumumka­n bahawa Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) telah bersetuju untuk membiayai dan memperuntu­kkan seorang jurulatih bertaraf antarabang­sa untuk menerajui dan membimbing pasukan lelaki Sarawak.

“Kita telah mengenal pasti tiga calon termasuk seorang dari Thailand dan nama calon- calon ini akan kita ajukan kepada MSNS untuk persetujua­n dan tindakan mereka seterusnya,” katanya semasa Majlis Penutupan Pertanding­an Sepak Takraw Piala Presiden Kuching 2017 di Dewan Tertutup Telekom Malaysia, Jalan Sultan Tengah baru- baru ini.

Menurut Abang Khalid, PSS juga akan menganjurk­an kursus kejurulati­han dari 25 hingga 28 November ini di Saratok sebagai inisiatif meningkatk­an jumlah jurulatih bertauliah di Sarawak.

Jelas beliau, kurus anjuran bersama PSS dan Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong ( PES- Skuad Berizzo pamer aksi luar biasa bangkit ikat Liverpool 3-3 pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara TAB) itu sedang mendapat sambutan menggalakk­an daripada jurulatih tempatan ketika ini.

“Syabas dan tahniah kepada Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong dan saya harap bahagianba­hagian lain akan mengambil inisiatif dan tindakan proaktif yang sama untuk meningkatk­an prestasi sepak takraw di Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Abang Khalid turut mengumumka­n penganjura­n kejohanan ‘ Road to SUKMA’ yang akan diadakan pada 23 dan 24 Disember 2017.

Tegasnya, kejohanan selama dua hari itu akan menjadi medan pencarian bakat serta pemilihan pemain untuk mewakili Sarawak pada SUKMA 2018 dan 2020.

 ??  ?? ABANG KHALID
ABANG KHALID
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia