Utusan Borneo (Sarawak)

Menarik di PAWAGAM

-

Judul: Pengabdi Setan Bahasa: Indonesia Sarikata: Inggeris / Melayu / Cina Klasifikas­i: 18 Tarikh Tayangan: 23 November 2017 Genre: Seram Durasi: 1 Jam 47 Minit Pengedar: GSC Movies Pelakon: Tara Basro, Bront Palarae, Dimas Aditya, Endy Arfian Pengarah: Joko Anwar Format: 2D

Sipnosis ~ Ia berkisarka­n tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalk­an anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Pada mulanya anakanak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya. Judul: Rempit Sampai Langit Bahasa: Melayu Sarikata: Tiada Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 23 November 2017 Genre: Aksi / Komedi Durasi: 1 Jam 29 Minit Pengedar: Skop Production Pelakon: Ajak Shiro, Nabila Huda, Tauke Jambu, Reen Rahim, Jay Iswazir, Cristina Suzanne Pengarah: Silver Format: 2D

Sipnosis ~ Ia berkisarka­n tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka. Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet. Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembali­kan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia