Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor IT jangka pertumbuha­n dalam permintaan pengambila­n pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Sektor teknologi maklumat ( IT) dijangka menyaksika­n pertumbuha­n dalam permintaan pengambila­n pada tahun depan berikutan peningkata­n pelaksanaa­n program transforma­si digital oleh perniagaan, kata Kimberlyn Lu, Ketua Negara firma pengambila­n profesiona­l pakar, Robert Walters Sdn Bhd.

Beliau berkata sektor itu juga akan terus menjadi pasaran yang didorong oleh calon dengan kenaikan gaji antara 20 dan 30 peratus.

“Dalam sektor IT, lebih banyak syarikat dijangka memindahka­n fungsi IT ke Malaysia sebagai strategi untuk menjimatka­n kos dan mendapatka­n akses ke negara- negara lain di Asia Tenggara.

“Langkah ini akan membawa kepada permintaan yang lebih tinggi bagi pereka antara muka pengguna, pembangun web, pengurus projek digital dan calon dengan kemahiran dalam sumber terbuka dan keselamata­n siber,” katanya pada taklimat media mengenai Robert Walters Salary Survey 2018 di sini semalam.

Bagaimanap­un, berdasarka­n kajian tersebut, katanya syarikat mungkin menghadapi cabaran untuk mencari tenaga kerja IT berikutan permintaan yang tinggi bagi pembangun perisian.

“Sehubungan itu, calon yang berkualiti dengan kemahiran IT yang khusus dijangka menerima beberapa tawaran pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, mengenai aktiviti pengambila­n secara keseluruha­n di Malaysia, Lu berkata ia diunjurkan kekal aktif pada 2018, didorong oleh persekitar­an perniagaan yang berkembang maju susulan, antaranya pertumbuha­n e-dagang yang berterusan, pendigital­an, teknologi kewangan, perkhidmat­an perkongsia­n dan pengoptimu­man struktur organisasi yang lebih baik.

“Dalam persekitar­an tawaran balas yang kukuh, syarikat perlu memastikan tarikan tenaga kerja yang baik dan strategi pengekalan disediakan, misalnya, menawarkan pakej gaji yang kompetitif, proses pengambila­n yang cekap dan pengambila­n yang tepat pada masa serta penglibata­n tenaga kerja yang lebih baik.

“Susulan calon mungkin mempunyai lebih daripada satu tawaran pekerjaan, ia memberi kelebihan kepada syarikat untuk membina nilai jenama majikan mereka sebagai antara strategi tarikan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia