Utusan Borneo (Sarawak)

Menampilka­n kombinasi filet ayam Hot & Spicy bersama isi piza

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: KFC Malaysia sekali lagi mencetus fenomena menerusi inovasi unik –membawakan produk yang amat dinantinan­tikan dengan menampilka­n ayam goreng terhebat bersama piza terhebat menerusi KFC Chizza.

Digelar sebagai ‘Piza Sedap Hingga Menjilat Jari’, KFC Chizza merupakan satu kombinasi sempurna antara apa yang digemari ramai dengan menghidang­kan filet ayam Hot & Spicy bersama isi piza.

Ramuan seperti ketulan nanas, bawang, herba serta keju mozarela ditabur di atas sos piza tomato yang diratakan di atas kerak piza paling sempurna, iaitu filet ayam KFC Hot & Spicy. Sebuah ciptaan ‘piza’ unik menjanjika­n tiada lagi sisa kerak piza akan ditinggalk­an.

Naib Presiden Kanan KFC Malaysia Ling Mee Jiuan berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk membawakan sesuatu yang menarik dan menjadi kegilaan para pelanggan.

“KFC Chizza masih mengekalka­n ciri utama hidangan kami iaitu ayam goreng tetapi disuntik dengan sedikit kelainan menjadikan ia suatu produk yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan piza di luar sana.

“Piza sedap hingga menjilat jari ini pasti menawan cita rasa. Ia merupakan gabungan apa yang terbaik daripada dua hidangan popular. Jika menyebut tentang piza, kita semua gemarkan isinya. Sebagai pelengkap, kami tampilkan filet ayam Hot & Spicy kegemaran ramai sebagai kerak piza istimewa dan anda semua harus mencubanya”.

KFC Chizza boleh didapati secara ala carte bermula hanya dari RM7.90. Ia juga boleh didapati dalam kombo yang didatangka­n bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbona­t.

Pelanggan juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyang­kan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air berkarbona­t.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia