Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas tawar khidmat GUCD di Pelabuhan Bintulu tahun depan

-

BINTULU: Petronas LNG Ltd (PLL) anak syarikat Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB) telah menandatan­gani Perjanjian Memorandum (MoA) dengan Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) anak syarikat Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dalam menyediaka­n perkhidmat­an marin bagi menyokong perkhidmat­an PLL `Gassing Up and Cooling Down’ (GUCD) di Pelabuhan Bintulu dalam tempoh tiga tahun.

GUCDmerupa­kanperkhid­matan khusus membawa tangki simpanan pembawa gas asli cecair (LNG) selepas dok kering ke persekitar­an semula jadi seterusnya menyejukka­n suhu `cryogenic’ (tolak 160 darjah Celsius) sebelum dimuat ke kargo seterusnya.

Perkhidmat­an GUCD di Pelabuhan Bintulu akan bermula pada 2018, meletak kedudukan Bintulu sebagai satu daripada hub LNG utama dan ia adalah satu daripada beberapa terminal dalam dunia menawarkan kemudahan berkenaan.

LNG untuk perkhidmat­an gas ini akan dibekal dari Kompleks Petronas LNG di Bintulu dalam usaha menyokong perkhidmat­an GUCD, BPSB akan menyediaka­n perkhidmat­an maritim dan pelabuhan dengan kadar tarif menarik sekali gus menjimatka­n kos untuk operator kapal LNG.

Sementara itu majlis me- nandatanga­ni MOA telah diadakan dengan PLL diwakili oleh Pengerusin­ya, Ahmad Adly Alias manakala BPSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Dato Mohammad Medan Abdullah.

Turut hadir menyaksika­n majlis menandatan­gani MOA itu ialah Ketua Pengurusan Armada PLL, Mohd Hanafi Jamal dan Ketua Pegawai Operasi BPSB, Omar Salleh.

“Perkhidmat­an GUCD adalah perkhidmat­an khas yang ditawar Petronas. Ini merupakan perkhidmat­an GUCD pertama di Malaysia di Pelabuhan Bintulu,” kata Ahmad Adly.

Katanya, kerjasama ini diharap akan meningkatk­an portofolio perkhidmat­an PETRONAS dalam rantaian nilai bersepadu (LNG).

Petronas dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam perniagaan LNG global bersepadu mempunyai reputasi sebagai pembekal dan penyedia penyelesai­an LNG yang boleh dipercayai. KUCHING: Petronas LNG Ltd ( PLL), anak syarikat Petronas LNG Sdn Bhd menandatan­gani Memorandum Perjanjian ( MoA) dengan Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), anak syarikat Bintulu Port Holding Berhad untuk penyediaan perkhidmat­an marin bagi menyokong perkhidmat­an PLL ‘Gassing Up and Cooling Down’ (GUCD) di Pelabuhan Bintulu untuk tempoh tiga tahun.

GUCD adalah perkhidmat­an khusus untuk membawa tangki simpanan pada pembawa gas asli cecair (LNG) selepas pengeringa­n ke persekitar­an semula jadi dan kemudian menyejukka­nnya ke suhu kriogenik (-160 darjah Celsius) sebelum memuat kargo seterusnya.

Perkhidmat­an GUCD in Pelabuhan Bintulu akan dimulakan pada 2018, meletakkan Bintulu sebagai salah satu peneraju hab LNG dan ia adalah salah satu daripada sebilangan kecil terminal di dunia untuk menawarkan kemudahan ini.

Dalammenyo­kongperkhi­dmatan GUCD, Pelabuhan Bintulu akan menyediaka­n perkhidmat­an pelabuhan dan maritim dengan kadar menarik yang akan memberikan penjimatan kos kepada pengendali kapal LNG.

Menandatan­gani MoA pada Isnin bagi pihak PLL ialah Pengerusin­ya, Ahmad Adly Alias manakala Pelabuhan Bintulu diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPSB Datuk Mohammad Medan Abdullah.

Hadir sama, Ketua Pengurusan Armada PLL Mohd Hanafi Jamal dan Ketua Pegawai Operasi BPSB Omar Salleh.

“GUCD adalah perkhidmat­an pengkhusus­an yang ditawarkan oleh Petronas. Ini merupakan perkhidmat­an GUCD pertama di Malaysia di Pelabuhan Bintulu.

“Kerjasama ini dijangka akan meningkatk­an portfolio perkhidmat­an Petronas dalam rangkaian nilai bersepadu (LNG),” kata Adly.

Petronas, dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam perniagaan LNG global bersepadu, mempunyai reputasi unggul sebagai penyedia dan pembekal penyelesai­an LNG yang boleh dipercayai.

 ??  ?? KERJASAMA: Mohammad Medan (tengah) mewakili BPSB dan Ahmad Adly (dua kanan) mewakili PLL menandatan­gani MOA untuk menyokong perkhidmat­an PLL `Gassing Up and Cooling Down’ (GUCD)di Pelabuhan Bintulu sambil disaksi oleh Omar (dua kiri) dan Mohd Hanafi...
KERJASAMA: Mohammad Medan (tengah) mewakili BPSB dan Ahmad Adly (dua kanan) mewakili PLL menandatan­gani MOA untuk menyokong perkhidmat­an PLL `Gassing Up and Cooling Down’ (GUCD)di Pelabuhan Bintulu sambil disaksi oleh Omar (dua kiri) dan Mohd Hanafi...
 ??  ?? TEMETERAI: Pengurusan BPSB dan PLL merakam gambar kenangan bersama Mohammad Medan (enam kiri), Ahmad Adly (enam kanan), Omar (lima kiri) dan Mohd Hanafi (lima kanan).
TEMETERAI: Pengurusan BPSB dan PLL merakam gambar kenangan bersama Mohammad Medan (enam kiri), Ahmad Adly (enam kanan), Omar (lima kiri) dan Mohd Hanafi (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia