Utusan Borneo (Sarawak)

Kiong Hua Electrical adakan promosi sempena prapelanca­ran cawangan baharu

-

SIBU: Kiong Hua Electrical Sdn Bhd kini mengadakan promosi sempena prapelanca­ran cawangan baharu di Lorong Pahlawan 6 di sini.

Promosi bermula 22 hingga 26 November menawarkan bagasi percuma dengan setiap pembelian pendingin hawa Daikin.

Selain itu, pelanggan juga boleh membuat pembelian kipas Daikin dengan harga promosi RM19.90.

Promosi lima hari itu turut menawarkan harga promosi untuk barangan elektrik jenama Pensonic.

Dengan setiap pembelian Viera LED televisyen jenama Panasonic, pelanggan akan mendapat ‘TV wall bracket’ percuma.

Hadiah termos percuma menanti pelanggan yang membuat pembelian mesin basuh dan peti sejuk Panasonic.

Turut ditawarkan harga promosi untuk barangan elektrik jenama Panasonic seperti kipas, mesin pengisar, periuk nasi, mesin basuh dan peti sejuk dengan promosi terhad hingga kehabisan stok.

Skim ansuran ditawarkan kepada pelanggan menerusi AEON, Maybank, HSBC, Public Bank, Hong Leong Bank dan UOB.

Kiong Hua Electrical Sdn Bhd mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam perniagaan barangan elektrikal dan ibu pejabat terletak di Pusat Tanahwang di Jalan Pedada.

Cawangan baharu terletak di No.16, Lorong Pahlawan 6, Sibu dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam dan orang ramai boleh menghubung­i Kiong Hua Electrical Sdn Bhd di talian 084-343208 atau 016-8881686.

 ??  ?? PROMOSI: Pendingin hawa Daikin menawarkan harga promosi dan hadiah percuma sempena prapelanca­ran cawangan baharu Kiong Hua Electrical Sdn Bhd.
PROMOSI: Pendingin hawa Daikin menawarkan harga promosi dan hadiah percuma sempena prapelanca­ran cawangan baharu Kiong Hua Electrical Sdn Bhd.
 ??  ?? CAWANGAN BAHARU: Kiong Hua Electrical Sdn Bhd terletak di No.16, Lorong Pahlawan 6, Sibu.
CAWANGAN BAHARU: Kiong Hua Electrical Sdn Bhd terletak di No.16, Lorong Pahlawan 6, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia