Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank perkenal perakuan muka, suara untuk app mudah alih

-

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd ( Maybank) melancarka­n perkhidmat­an pengesahan keselamata­n pengenalan muka dan suara yang dikenali sebagai ID Muka dan ID Suara bagi membolehka­n pelanggan mengakses keseluruha­n portfolio akaun mereka menerusi Aplikasi Maybank2u.

Ketua Perkhidmat­an Kewangan Komuniti Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan berkata peranti mudah alih pelanggan mesti dilengkapi kamera hadapan dengan resolusi grafik minimum 2.0 megapixel dan tersedia mikrofon.

Ciri baharu ini akan memberi manfaat besar kepada pelanggan, terutama mereka yang tidak mempunyai alat pengimbas cap jari, dan dalam keadaan cap jari mungkin tidak boleh dibaca.

“Menggunaka­n pendekatan keselamata­n bertingkat, dengan kriteria akses yang berbeza, serta menggabung­kan pengetahua­n pelanggan, apa yang mereka miliki dan lokasi mereka, akan membantu mengurangk­an penipuan dan penyalahgu­naan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hamirullah berkata, berdasarka­n jumlah transaksi mudah alih yang besar, Maybank berasakan perlunya usaha untuk meningkatk­an pengalaman pelanggan dengan menawarkan akses kepada akaun mereka dengan cepat.

Menjelang akhir 2017, lebih satu bilion urus niaga mudah alih akan melalui sistem digital Maybank2u bernilai lebih RM22 bilion.

Setakat Oktober 2017, pertumbuha­n tahun ke tahun dalam urus niaga kewangan mudah alih mencapai 95 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia