Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas raja Internet China ditahan

-

BEIJING: Bekas raja Internet China, yang mengawasi tindakan memperketa­tkan penapisan dalam talian semasa memegang jawatannya, telah menjadi pegawai kanan Parti Komunis yang terbaharu diperangka­p dalam tindakan antirasuah di negara itu.

Agensi antirasuah parti menyatakan dalam laman sesawangny­a lewat kelmarin bahawa Lu Wei, 57, telah disiasat atas pelanggara­n disiplin yang teruk.

Lu, yang meletakkan jawatan pada tahun lepas, pernah dinamakan antara 100 orang paling berpengaru­h di dunia oleh majalah Time dan membentuk hubungan baik dengan pengasas Facebook Mark Zuckerberg.

Beliau mempertaha­nkan dengan tegas tindakan penapisan di negara ini selepas beliau dilantik pada 2013 untuk mengawasi kawalan ke atas kenyataan atas talian sebagai ketua Pentadbira­n Ruangan Siber di China.

Beliau kini pegawai paling kanan yang dimalukan sejak President Xi Jinping telah diberikan penggal kedua selama lima tahun dalam sebuah kongres Parti Komunis pada bulan lepas.

Dalam kongres yang melibatkan kuasanya pada Oktober, Xi berjanji tidak akan membiarkan kempen menentang kegiatan rasuah, yang digelarnya ancaman terbesar kepada parti.

Lu pegawai yang berkuasa di dalam dan luar negara, di mana beliau mengarahka­n perhatian beberapa firma teknologi global yang menyertai pasaran China.

Beliau secara peribadi disambut Zuckerberg pada 2014 di ibu pejabat Facebook di Silicon Valley, dan hadir di barisan depan dalam gambar kumpulan bersama para eksekutif utama beberapa gergasi teknologi AS seperti Amazon dan Xi ketika presiden melawat AS pada 2015.

Facebook adalah di antara beberapa laman sesawang Barat, selain daripada Twitter, Instagram dan beberapa syarikat media lain, yang telah disekat ‘Great Firewall’ China bagi penapisan Internet.

Pihak berkuasa mengawasi ketat apa yang dikata, dilihat atau dikongsika­n secara dalam talian, serta menghalang sebarang kandungan yang mereka anggap sebagai haram atau bersifat sensitif dari segi politik.

Rakyat China berdepan denda malah hukuman penjara bagi kenyataan media sosial yang tidak dibenarkan.

Di bawah pemerhatia­n Lu, peraturan laman siber menjadi semakin tegas dengan laluan peraturan “keselamata­n” atas talian yang baharu sebagai sebahagian dari satu pakej tindakan undangunda­ng bertujuan untuk memperketa­tkan kawalan negara terhadap bahagian yang lebih luas.

K e t i k a k e r a j a a n memperluas kuasanya untuk mengawal masalah dalam talian utama, menurut Lu pada 2015, ia menggunaka­n kemampuann­ya untuk m e n g a w a l j e n a y a h , pornografi, dan ‘ khabar angin’, gelaran bagi semua perkara seperti salah maklumat dan ucapan politik.

Pihak berkuasa seterusnya memperketa­tkan kawalan Internet sejak beberapa bulan, menutup blok gosip selebriti dan menyiasat dasar bagi “kenyataan lucah”.

Siasatan Lu muncul ketika China bersedia menjadi tuan rumah Persidanga­n Internet Sedunia yang keempat pada bulan depan bagi menyatakan pandangann­ya mengenai polisi Internet, walaupun acara tahunan itu dikritik kumpulan hak asasi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia