Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga askar Rumah Putih terlibat salah laku

-

WASHINGTON: Pihak penyiasat tentera sedang menyiasat sama ada tiga orang anggota tentera yang bertugas di Rumah Putih mempunyai hubungan yang tidak sepatutnya dengan wanita asing ketika lawatan Asia baru- baru ini oleh Presiden Donald Trump, lapor The Washington Post kelmarin.

Pihak berkuasa yang biasa dengan situasi tersebut memberitah­u Post bahawa tiga orang pegawai bukan bertauliah dikatakan telah melanggar perintah berkurung semasa kunjung Trump ke Vietnam.

Anggota tentera tersebut telah bertugas untuk Agensi Komunikasi Rumah Putih, sebuah unit tentera yang khusus yang membantu menyediaka­n pegawai utama dengan komunikasi terjamin, menurut Post.

Jurucakap Pentagon Mark Wright telah mengesahka­n siasatan.

“Kami menyedari tentang insiden tersebut dan ia kini dalam siasatan,” kata Wright tanpa menjelaska­n lanjut.

Siasatan itu merupakan masalah terbaharu dalam pasukan keselamata­n AS yang menemani pegawai kanan dalam lawatan ke luar negara.

The Post menyatakan bahawa empat anggota tentera daripada pasukan keselamata­n Rumah Putih yang turut berdepan dakwaan melibatkan wanita pengiring, bermula dengan satu lawatan ke Panama pada Ogos dengan Timbalan Presiden Mike Pence.

Dalam insiden lain pada 2012, ejen Perkhidmat­an Rahsia di Cartagena, Colombia telah ditangkap melanggan pelacur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia