Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntutan 9/11 WTC selesai

-

NEW YORK: American Airlines dan United Airlines bersetuju dengan pampasan AS$95.1 juta kepada pihak pemaju Pusat Dagangan Dunia ( WTC) berkaitan serangan 11 September, 2001, sekali gus menamatkan litigasi selama 13 tahun.

Pihak insurans akan menanggung pampasan kepada World Trade Center Properties milik Larry Silverstei­n, menurut dokumen mahkamah kelmarin.

Enam minggu sebelum serangan, Silverstei­n memeterai pajakan selama 99 tahun untuk tapak tersebut yang dimiliki Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey.

Selepas serangan nekad pesawat yang merempuh WTC, Silverstei­n menerima daripada syarikat insuransny­a sendiri pampasan AS$4.55 bilion selepas rundingan beberapa tahun.

Namun beliau turut memohon kerugian daripada pihak American dan United, yang mana pesawatnya telah dirampas dan digunakan dalam serangan tersebut.

Beliau mulanya menuntut AS$ 12.3 bilion daripada syarikat penerbanga­n dan syarikat keselamata­n lapangan terbang.

Sekarang kedua-dua pihak telah mencapai pampasan yang perlu diluluskan Hakim Daerah Alvin Hellerstei­n.

Serangan 11 September ke atas WTC oleh perampas pesawat yang setia kepada AlQaeda telah mengorbank­an lebih 2,750 orang.

Sebuah pesawat yang dirampas telah melanggar Pentagon di Washington, sementara sebuah pesawat keempat terhempas di sebuah padang di Pennsylvan­ia.

Secara keseluruha­n kirakira 5,000 terkorban dalam serangan tersebut dan kesannya selepas itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia