Utusan Borneo (Sarawak)

Ancaman letusan Gunung Agung di Bali

-

KARANGASEM: Beriburibu orang yang tinggal dalam bayangan sebuah gunung berapi yang bergoncang di pulau peranginan Bali di Indonesia telah melarikan diri semalam ketika kebimbanga­n berkembang bahawa ia mungkin akan meletus buat kali pertama dalam tempoh lebih dari 50 tahun.

Gunung Agung telah mengeluark­an asap setinggi 700 meter di atas puncaknya pada lewat tengah hari kelmarin, menimbulka­n satu pemindahan dari kawasan penempatan berhampira­n dengan gunung.

Hampir 1,600 orang terkorban ketika Gunung Agung meletus kali terakhir pada 1963.

Ia meresap dalam kehidupan sekali lagi pada September, menyebabka­n kira- kira 140,000 orang telah meninggalk­an kawasan tersebut. Ramai yang pulang ke rumah selepas aktiviti gunung berapi reda. Namun ribuan orang sekarang telah melarikan diri sekali lagi.

Kira- kira 30,000 orang masih tiada tempat tinggal tetap, menurut pihak berkuasa.

“Terdapat 13 daripada kami dan kami berasa takut. Jiranjiran kami juga telah melarikan diri,” menurut Nyoman Sadi, penduduk tempatan yang menyatakan pergi bersama dengan keluargany­a.

Pegawai bencana memberi amaran aktiviti baharu di Gunung Agung.

Namun ketua pusat penyelidik­an gunung berapi menggesa penduduk agar kekal tenang dan menyatakan paras amaran di gunung masih belum dinaikkan.

“Semalam terdapat asap dan wap setinggi 700 meter, dan pada malam semalam terdapat gegaran sekejap, kira-kira tiga jam,” menurut Kasbani semalam.

“Gunung tersebut memuntahka­n asap, namun terdapat tiada sebarang letusan besar setakat ini.”

Gunung Agung terletak kira-kira 75 kilometer dari kawasan pelanconga­n Bali, yang menarik berjuta-juta orang pelancong setiap tahun.

Setakat ini penerbanga­n tidak terjejas, namun pihak berkuasa telah menganggar­kan bahawa kebimbanga­n mengenai satu letusan sepanjang beberapa bulan lepas telah menyebabka­n pulau mengalami kerugian sekurang- kurangnya $ 110 juta bagi pelanconga­n dan produktivi­ti ketika ramai penduduk tempatan yang berpindah ke rumah perlindung­an.

 ?? — Gambar AFP ?? MENGGERUNK­AN: Pemandanga­n di sekitar Gunung Agung dari daerah Kubu di Karangasem di Bali, semalam.
— Gambar AFP MENGGERUNK­AN: Pemandanga­n di sekitar Gunung Agung dari daerah Kubu di Karangasem di Bali, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia