Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat AS terhempas di Laut Filipina, tiga hilang

-

TOKYO: Lapan diselamatk­an setelah sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) bersama sebelas orang di dalamnya terhempas di Laut Filipina ketika dalam perjalanan ke kapal pengangkut pesawat, menurut Jepun semalam.

Pasukan penyelamat Jepun dan AS bergegas mendapatka­n pesawat yang jatuh itu di perairan luar terumbu terpencil Jepun Okinotori.

Tokyo berkata, ia telah dimaklumka­n bahawa lapan mangsa telah diselamatk­an dan pihak berkuasa mengesyaki masalah enjin sebagai punca nahas.

“Pemulihan kakitangan kini dijalankan dan keadaan mereka akan dinilai oleh kakitangan perubatan USS Ronald Reagan.

“Pesawat dalam perjalanan ke kapal pengangkut pesawat Tentera Laut AS USS Ronald Reagan yang ketika ini beroperasi di Laut Filipina,” menurut kenyataan tentera.

Di Tokyo, Menteri Pertahanan Itsunori Onodera berkata, operasi bersama telah dilancarka­n.

“Ketika ini misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di kawasan tersebut oleh pihak AS dan Pasukan Pertahanan Kendiri Maritim Jepun,” katanya kepada wartawan.

Tiada maklumat segera mengenai jenis pesawat yang terlibat, namun lebih 60 pesawat dan helikopter pelbagai jenis beroperasi dari USS Ronald Reagan, menurut laman sesawang rasmi kapal tersebut.

Antaranya adalah jet pejuang F/ A- 18 Super Hornet, pesawat amaran awal dan serangan elektronik, pesawat pengangkut dan helikopter pelbagai fungsi MH-60 Seahawk.

Kapal berkuasa nuklear sepanjang 333 meter itu antara kapal pengangkut kelas super 10 Nimitz yang digambarka­n tentera laut AS sebagai kapal perang terbesar di dunia dan mempunyai 4,225 kru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia