Utusan Borneo (Sarawak)

Mnangagwa dijangka ganti Mugabe

Berkuasa hampir empat dekad, pejuang Zimbabwe itu terpaksa berundur

-

HARARE: Emmerson Mnangagwa dijangka kembali ke Zimbabwe semalam dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai presiden susulan pengundura­n Robert Mugabe setelah 37 tahun menjadi presiden, menurut seorang pegawai kanan parti pemerintah.

Mnangagwa merupakan naib presiden Zimbabwe tetapi bertindak melarikan diri ke luar negara demi keselamata­nnya selepas Mugabe memecatnya dua minggu lalu.

Pemecatan itu mendorong tentera merampas kuasa, sebelum parti pemerintah ZANU- PF memilih M n a n g a g w a s e b a g a i pemimpinny­a dan Mugabe meletak jawatan kelmarin.

Mnangagwa dijangka tiba sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan sebelum mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden baharu semalam atau hari ini sebelum mengetuai ZANU-PF dalam pilihan raya tahun depan, kata sekutu bekas naib presiden itu Larry Mavhima.

Mugabe akhirnya jatuh setelah sekian lama disanjungi di seluruh Afrika sebagai hero pembebasan kerana menerajui negaranya ke arah kemerdekaa­n daripada penjajahan British pada 1980 selepas perang.

Pemimpin berusia 93 tahun itu berdegil selama seminggu selepas tentera merampas kuasa dan ZANU- PF menggesa beliau berundur.

Beliau akhirnya mengumumka­n peletakan jawatan selepas parlimen memulakan proses pendakwaan yang dilihat sebagai satu-satunya cara yang sah untuk memaksa beliau berundur.

Orang ramai menari dan bersorak- sorai di jalanan Harare manakala hon kereta begitu bingit meraikan berita bahawa era Mugabe akhirnya tamat.

Ada di antaranya membawa poster Mnangagwa dan ketua tentera Jeneral Constantin­o Chiwenga.

S p e a k e r P a r l i m e n Jacob Mudenda dijangka mengadakan sidang akhbar pada 1030 GMT.

Namun terdapat keraguan mengenai prestasi reformasi M n a n g a g w a t a t k a l a sebahagian besar rakyat berpendiri­an kurang senang terhadap pemimpin terbabit yang mana seperti Mugabe truut dituduh terlibat dalam penindasan.

Beliau merupakan ketua keselamata­n dalam negeri pada pertengaha­n 1980-an apabila Mugabe mengerah briged yang terlatih di Korea Utara untuk membantera­s pemberonta­k, sekali gus menyaksika­n 20,000 orang awam terbunuh, menurut kumpulan hak asasi.

Digelar ‘ Ngwena’ atau ‘buaya’ dalam bahasa Shona, sejenis haiwan yang terkenal dalam kisah rakyat Zimbabwe kerana kekejaman dan kelicikann­ya, Mnangagwa mengeluark­an kenyataan kelmarin dari tempat persembuny­iannya menyeru rakyat bersatu untuk membina semula negara tersebut.

Dalam pada itu, China semalam menyatakan ia menghormat­i keputusan Mugabe dan berikrar akan meneruskan hubungan mesra dengan negara itu yang disokongny­a sepanjang pemerintah­an autoritari­an.

China menjadi rakan ekonomi dan politik utama rejim Mugabe tatkala Barat menolak pemimpin veteran itu yang terkenal dengan pelanggara­n hak asasi manusia.

Namun kuasa besar Asia itu mengelak memihak kepada mana- mana pihak sejak tentera meletakkan Mugabe di bawah penahanan di rumah minggu lepas.

Jurucakap kementeria­n luar China Lu Kan memuji Mugabe kerana ‘sumbangan bersejarah’ beliau kepada kemerdekaa­n Zimbabwe dan komitmenny­a kepada persahabat­an antara dua negara.

“China menghormat­i keputusan Mugabe untuk meletak jawatan dan beliau masih lagi sahabat baik rakyat China,” kata Lu Kang semasa taklimat biasa media.

“Polisi mesra kami terhadap Zimbabwe tidak akan berubah,” ujarnya lanjut.

Mugabe melaksanak­an polisi pandang ke timur dan Presiden China Xi Jinping antara sejumlah kecil ketua negara yang melawat Harare ketika singgah di benua Afrika pada 2015.

Apabila Mugabe melawat Beijing pada 2014, Xi menyanjung beliau sebagai ‘rakan lama’ rakyat China.

Mnangagwa juga mempunyai hubungan bersejarah dengan China apabila menjalani latihan ketenteraa­n di sana sebelum menyertai perjuangan kemerdekaa­n Zimbabwe.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BERGEMBIRA: Rakyat Zimbabwe meraikan peletakan jawatan Mugabe dengan diperhatik­an anggota tentera di Harare, kelmarin.
— Gambar Reuters BERGEMBIRA: Rakyat Zimbabwe meraikan peletakan jawatan Mugabe dengan diperhatik­an anggota tentera di Harare, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia