Utusan Borneo (Sarawak)

Hariri pulang semula ke Beirut

-

BEIRUT: Saad al- Hariri menghadiri sambutan hari kemerdekaa­n di Beirut semalam sejurus kembali ke Lubnan sejak meletak jawatan sebagai perdana menteri dalam siaran televisyen dari Arab Saudi.

Setelah meletak jawatan secara mengejut pada 4 November dan mencetuska­n krisis di Lubnan, Hariri kembali ke Beirut lewat kelmarin sebelum berdiri bersama Presiden Michel Aoun dan Speaker Parlimen Nabih Berri untuk menyaksika­n perarakan ketenteraa­n di tengah Beirut semalam.

Pegawai kerajaan dan ahli politik kanan yang rapat dengan Hariri mendakwa Riyadh memaksa beliau berundur dan menahannya di negara itu, dalam dakwaan yang dinafikan kedua-dua pihak.

Peletakan jawatan Hariri malahan mengejutka­n pembantuny­a sendiri.

Sekutu lama Arab Saudi, Hariri menyatakan beliau khuatir akan menjadi mangsa pembunuhan ketika memaklumka­n tentang pengundura­nnya, serta mengecam Iran dan sekutu Syiah Lubnannya yang berkuasa Hizbullah kerana menyemai perpecahan dalam dunia Arab.

Kepulangan Hariri ke Lubnan dipercayai selepas campur tangan Perancis.

Belum dapat dipastikan sama ada beliau akan mempertaha­nkan pengundura­nnya atau menarik balik kenyataann­ya.

Menjelang kepulangan­nya kelmarin, Hariri menyatakan beliau akan mengumumka­n kedudukan politiknya di Beirut.

A o u n , p r e s i d e n daripada kaum Kristian Maronite di Lubnan, telah menyatakan beliau tidak akan mempertimb­ang peletakan jawatan Hariri, perdana menteri daripada kelompok Sunnah, sehingga beliau kembali ke Beirut dan menyampaik­an sendiri.

Hariri dijangka bertemu Aoun di istana presiden lewat semalam, namun tidak diketahui sama ada Berri, speaker daripada kelompok Syiah, akan turut hadir.

Hariri meninggalk­an Riyadh untuk ke Paris pada hujung minggu lalu.

Beliau kembali ke Beirut kelmarin setelah singgah di Mesir dan Cyprus.

Peletakan jawatan Hariri menjejaska­n perjanjian perkongsia­n kuasa yang membolehka­nnya memegang jawatan tahun lepas dan menyaksika­n Aoun, sekutu politik Hizbullah, menjadi ketua negara.

Hizbullah, pergerakan politik dan ketenteraa­n bersenjata berat, adalah sebahagian daripada kerajaan Lubnan.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DILEMA: Hariri dilihat tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Beirut, kelmarin.
— Gambar Reuters DILEMA: Hariri dilihat tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Beirut, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia