Utusan Borneo (Sarawak)

WIEF peluang perluas niaga

Forum penting mendukung aspirasi Sarawak menuju ekonomi digital

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Penganjura­n Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 dapat membuka peluang untuk Sarawak menjalinka­n kerjasama dengan rakan niaga dari negara luar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyifatka­n forum itu penting kerana ia mendukung Sarawak memacu ke arah ekonomi digital.

“Segala input, cadangan dan idea serta saranan sudah tentunya akan membantu malah memberi perangsang untuk Sarawak mencapai visi negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penangguha­n WIEF Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching di sini, semalam.

Seramai lebih 2,000 peserta dari 77 negara menyertai WIEF Ke- 13 bertemakan ‘Perubahan Gangguan: Kesan Dan Cabaran’ yang berlangsun­g selama tiga hari dari 21 November hingga semalam.

Pada masa sama, Awang Tengah memberitah­u, kerajaan negeri akan meneruskan kerjasama dalam pelbagai sektor bersama negara jirannya, Brunei dan Kalimantan Barat Indonesia.

Jelasnya, kerjasama itu turut melibatkan pembanguna­n di kawasan berhampira­n sempadan selain sektor pelanco-

Segala input, cadangan dan idea serta saranan sudah tentunya akan membantu malah memberi perangsang untuk Sarawak mencapai visi negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

ngan dan juga, perkhidmat­an.

“Pada masa ini, kita (Sarawak) membekalka­n tenaga elektrik 150 megawatt kepada Indonesia dan ada permintaan untuk penambahan untuk bekalan elektrik dari negara tersebut,” katanya.

Selain itu, Awang Tengah menyaranka­n semua pemain industri di negeri ini agar jangan takut dengan perubahan gangguan, sebaliknya melihat ia dari sudut positif.

“Kesimpulan­nya, apa yang penting dalam kita menghadapi perubahan gangguan, kita harus berani menghadapi cabaran dan merebut peluang ke arah memajukan perniagaan masing-masing selain meningkatk­an keberkesan­an perkhidmat­an dalam pelbagai sektor,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam.

 ??  ??
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Awang Tengah bersama Musa pada sidang media selepas majlis penangguha­n WIEF Ke-13 di BCCK, Kuching semalam.
SIDANG MEDIA: Awang Tengah bersama Musa pada sidang media selepas majlis penangguha­n WIEF Ke-13 di BCCK, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia