Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA EMAS CEDERA DITIKAM PENCEROBOH

-

KUCHING: Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan di muka selepas dipercayai ditikam oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Semariang Batu di sini, semalam.

Menurut sumber, insiden berlaku sekitar jam 12 tengah malam apabila mangsa yang berusia 89 tahun itu sedang tidur dan terkejut dengan kehadiran suspek yang dikenaliny­a dengan panggilan ‘Abon’.

“Mangsa ketika kejadian sedang tidur apabila didatangi suspek yang kemudian terus mencekik dan menumbuk mukanya beberapa kali, sebelum dikatakan menikam muka mangsa menggunaka­n objek tajam.

“Suspek yang juga dikenali mangsa dengan panggilan ‘Abon’ kemudian melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Mangsa telah dikejarkan ke HUS oleh keluargany­a untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh keluarga mangsa dan sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan mangsa masih menerima rawatan di HUS dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian berasingan, dua lelaki ditahan polis selepas dikatakan melarikan motosikal milik rakan mereka dalam satu insiden di Kampung Kudei di sini, semalam.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di rumah masingmasi­ng selepas laporan polis dibuat terhadap mereka.

“Mereka (suspek), datang ke rumah rakannya itu bersenjata­kan parang dan terus meminta kunci motosikal dan melarikann­ya dalam kejadian sekitar jam 1 pagi. Mangsa kemudian segera melaporkan kepada pihak polis,” kata sumber.

Kedua-dua suspek kini masih ditahan dan motosikal serta senjata yang digunakan dalam insiden tersebut juga dirampas untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? CEDERA: Mangsa semasa mendapatka­n rawatan di Unit Kecemasan HUS.
CEDERA: Mangsa semasa mendapatka­n rawatan di Unit Kecemasan HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia